Thursday, 23 October 2014

Pengenalan Pendidikan Keselamatan

1.0    Konsep dan definisi Pendidikan Keselamatan

   Pendidikan Keselamatan merupakan satu proses mendidik masyarakat untuk menghindari kemalangan dalam pelbagai situasi.
   Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran dimana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat, sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa sebarang gangguan dan kemalangan. Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua.
   Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah keselamatan.Kemalangan boleh berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan. Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah,harga diri, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut.Kesemua ini boleh dirangkumkan sebagai sebab yang membawa implikasi kerugian.Terdapat tiga faktor yang boleh dijadikan asas kepada punca berlakunya kemalangan iaitu, faktor manusia, faktor persekitaran dan faktor semulajadi.

Kelemahan manusia
Merupakan punca utama berlakunya kemalangan.Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh, cuai, lalai dan ditambahpula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri sendiri memudahkan lagi keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan manusia untuk mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu mengenai keselamatan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan keselamatan orang lain.

Faktor persekitaran
Sebagai satu punca berlakunya kemalangansebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada faktor manusia. Inidisebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk persekitaran.Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan kerusi mejamurid tidak sedikit pun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah keselamatan.

1.2    Polisi keselamatan sekolah

Polisi keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal pelajar. Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan terhad kerana kekurangan sokongan daripada masyarakat setempat. Masyarakat kurang peka terhadap isu keselamatan di dalam kawasan sekolah. Warga sekolah kini terdedah kepada pangaruh luar daripada segi fizikal, mental, emosi, sosial dan teknilkal. Maka pihak sekolah perlu menetapkan satu polisi keselamatan yang perlu dipatuhi.

BAGAIMANA SESEBUAH SEKOLAH MENENTUKAN POLISI KESELAMATANNYA ?

Analisa berlakunya kemalangan atau kecelakaan memperlihatkan bahwa untuk setiap kemalangan  ada faktor penyebabnya. Sebab-sebab tersebut bersumber kepada kecuaian manusi dalam mematuhi prosedur yang telah sediada untuk diamalkan serta dipatuhi.  Penguasaan kemahiran yang lemah dalam penggunaan alat-alat mekanik dan mempunyai pengetahuan yang minima dalam mencegah berlakunya kemalangan menjadi  penyebab utama dalam berlakunya kecelakaan yang  mengakibatkan kehilangan nyawa. dalam kemalangan sehingga   85% dari sebab-sebab kemalangan  adalah faktor manusia. Maka dari itu usaha-usaha memperkenalkan pendidikan keselamatan adalah amat bertepatan untuk mendidik pelajar khusnya dan pengguna amnya.

1.2.1.Polisi Keselamatan Kegiatan Luar Bilik Darjah

1.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989
Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah

2.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995
Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.

3.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995
Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

4.SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979
Pendidikan Jasmani.

5.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988
Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

6.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998
Perlaksanaan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.

7.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995
Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.

1.2.2.  Aktiviti Ko-kurikulum

Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran. Pihak Sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Warga sekolah terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan sukan. Menyedari keperluan pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan. Memastikan kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengelakkan berlakunya kemalangan  semasa kokurikulum dijalankan.Mendisiplin diri dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan seperti di bawah:

PERANAN MURID

·         Melapor taraf kesihatan diri kepada guru
·         Mengikut arahan guru / jurulatih sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Melaporkan dengan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Mengikut aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.

PERANAN JURULATIH / GURU

Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti kokurikulum melalui:
·         Poster
·         Ceramah
·         Bengkel
·         Edaran
·         Perhimpunan Mingguan
·         Pengajaran dan Pembelajaran dalam klelas
·         Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
·         Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
·          Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
·         Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
·         Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.

PERANAN IBU BAPA DAN PENJAGA.

·         Mengambil tahu aktiviti ko-kurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masing-masing.
·         Meneliti dan mengisi borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
·         Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
·         Menyediakan bahan keperluan anak / jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Mengenalpasti jurulatih / guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon jurulatih / guru berkenaan dan pihak sekolah.
 POLISI

·         Memastikan warga sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum.
·         Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya.
·         Segala kemalangan yang berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
·          Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan mesti dibuat kepada pegawai atau sekolah.
Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok
( rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1995 )
Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah diketahui oleh semua warga sekolah melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi.Semua warga sekolah adalah tertakluk kepada polisi ini.


1.2.2.   POLISI KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. SUKAN / PERMAINAN /KELAB / UNIT BERUNIFORM.
    ( Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil: 24/1998 )

Semua warga sekolah yang menjalankan kegiatan sukan, permainan, kelab dan unit beruniform haruslah bertanggungjawab ke atas:

2.1     Tatacara Am

·         Keselamatan diri sama ada kegiatan tersebut dijalankan di dalam atau diluar kawasan sekolah.
·         Keselamatan alatan kelengkapan dan kemudahan.
·         Keselamatan fizikal.
·         Keselamatan emosi.
·         Keselamatan sosial.

2.2     Tatacara Murid.

·         Memastikan keselamatan diri terjamin.
·         Mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa
·         Sentiasa mematuhi arahan jurulatih atau guru penasihat.
·         Mendapat kebenaran jurulatih / guru penasihat sebelum menggunakan alatan.
·         Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
·         Menjalankan aktiviti dengan teratur dan sistematik.
·         Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti bebahaya.
·         Pelajar yang telah dipilih mewakili sekolah/ bahagian/ negeri / negara mesti membuat pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination )
·         Memberitahu guru tentang sejarah kesihatan mereka ( Medical History
·         Memberitahu / melaporkan kepada guru sekiranya mengetahui perilaku rakan-rakan yang tidak sihat,  contohnya: penyalahgunaan dadah, pil khayal dan lain-lain.

2.3     Tatacara Pengurusan / Jurulatih/ Guru.

·         Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar.
·         Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan.
·         Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
·         Membuat pengawasan yang rapi sebelum, semasa dan sesudah digunakan.
·         Menjalankan aktiviti di tempat yang ditetapkan.
·         Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang jika didapati cuaca buruk akan berlaku.
·         Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Memastikan hanya jurulatih yang berklayakan / bertauliah contohnya dari Majlis Sukan Negeri serta mengetahui latar belakang mereka.
·         Menyediakan peti pertolongan cemas.
·         Menyediakan pegawai yang bertauliah dalam rawatan kecemasan mengiringi pelajar yang mewakili sekolah.
·         Mempunyai rekod sejarah kesihatan dan maklumat peribadi pelajar yang lengkap.
·         Membuat siasatan rapi atas laporan yang telagh dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan dengan segera.
·         Memberi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah contohnya masalah emosi, pencapaian sukan dan akademik yang menurun dan lain-lain. ( Jika perlu hantar kepada kaunselor bertauliah )
·         Membuat pemeriksaan kesihatan yang lengkap ( Medical Examination ) untuk pelajar yang mewakili sekolah sahaja )
·         Menjaga kebajikan pelajar, contohnya, menyediakan makanan dan minuman, memberi wang saku, menyediakan kenderaan dan lain-lain.
·         Memberitahu ibubapa/ penjaga tentang pemilihan pelajar dalam aktiviti-aktiviti tertentu, tarikh, masa dan tempat latihan.
·         Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan lengkap untuk memudahkan guru menghubungi ibubapa / penjaga semasa kecemasan.
·         Menyediakan Fail Peribadi pelajar-pelajar yang dipilih mewakili sekolah, bahagian, negeri dan negara.
·         Memastikan pemandu bertauliah dan kenderaan yang digunakan untuk menghantar pelajar pergi dan balik semasa mengikuti aktiviti dalam keadaan baik dan selamat.
·         Harus mempunyai insurans kemalangan diri.
·         Menyediakan prosedur khas untuk agensi/badan latihan luar yang menggunakan khidmat pelajar, contohnya, mewakili dalam sukan / permainan.
  








2.4     Tatacara Ibu bapa / Penjaga.

·         Menandatangani Surat Kebenaran Ibu bapa/ Penjaga.
·         Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
·         Memakulumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
·         Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai aktiviti.
·         Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti.
·         Mengetahui masa bermula dan berakhirnya sesuatu aktiviti.
·         Memastikan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak jagaan menjalankan aktiviti.
·         Mengambil tahu tempat dimana aktiviti dijalankan.
·         Mendapat maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.

1.2.3. Penyelengaraan Peralatan Sukan  ( Stor Sukan )

  ( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000 )

Semua warga sekolah yang menggunakan peralatan sukan bertanggungjawab ke atas:

3.1     Tatacara Am.

·         Peralatan sukan yang dianggap merbahaya.
·         Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan
·         Peralatan berbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.
·         Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.
·         Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan.
·         Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.
·         Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.
·         Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

3.2     Tatacara Murid.

·         Pelajar dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.

3.3     Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
·        
·         Merekod semua alat sukan yang digunakan.
·         Mengeluar, menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan.
·         Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
·         Memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan baik.
·         Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
·         Memastikan hanya jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.


3.4  Peralatan Sukan.

( Rujuk Surat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )

·         Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :

3.4.1.   Tatacara Am.

·         Peralatan sukan
·         Peralatan sukan mestilah selamat dan sesuai digunakan.
·         Peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
·         Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

3.5     Tatacara Murid.

·         Melaporkan kepada guru jika terdapat  sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan.
·          Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.

3.6.     Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.

·         Memastikan peralatan sukan selamat dan sesuai digunakan.
·         Memastikan peralatan sukan mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan  sukan.
·         Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan harus dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
·         Mengambil tindakan segera atas lsporan kerosakan peralatan.

3.7  Kawasan Sukan / Permainan / Tempat Latihan

( Rujuk Surat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )

·         Pihak Pentadbir, Jurulatih dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :


3.8.        Tatacara Am.
·       
·         Kawasan latihan, permainan atau sukan dalam keadaan baik dan terurus.

3.8.1     Tatacara Murid.

·         Mematuhi peraturan dan arahan guru.
·         Dilarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·         Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
·         Menjaga kebersihan.
·         Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
·         Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti berada di kawasan latihan.

3.8.2     Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.

·         Memastikan tempat latihan dan alatan yang terdapat di situ dalam keadaan baik, terurus dan selamat.
·         Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada gurtu.
·         Mengambil tindakan segera terhadap laporan kerosakan yang berlaku.   Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
·         Memastikan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di tempat latihan.

3.9     Kawasan Larangan

( Rujuk Surat Pekeliling Bil. 9/2000 )

·         Pihak pentadbir, jurulaih dan guru penasihat bertanggungjawab ke atas:

3.9.1 Tatacara Am.

·         Kawasan larangan dan berbahaya seperti gimnasium, angkat berat,, padang hoki/bola sepak, gelanggang bola tampar/ sepak takraw, lapangan latihan memanah, kawasan balapan dan stor sukan.

3.9.2 Tatacara Murid.

·         Dilarang berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·         Memastikan keselamatan dan peralatan yang terdapat disitu adalah terjamin.
·         Mematuhi peraturan dan arahan guru.
·         Menjaga kebersihan.
·         Membuat laporan tentang kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru.
·         Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di kawasan larangan dengan pengawasan rapi guru.

3.9.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.

·         Memastikan tiada pelajar berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·          Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan
·         Memastikan kawasan dalam keadaan baik, terurus dan selamat digunakan.
·         Memastikan peralatan yang terdapat disitu dalam keadaan selamat.
·         Mengambil tindakan segera atas segala laporan yang disampaikan oleh pelajar dan merekodkannya.
·         Menyediakan seorang pegawai yang bertauliah dalam pertolongan cemas sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.
·         Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.
·         Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti / latihan dijalankan.








3.10   Cuaca / Musim

( Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 )

·         Semua warga sekolah bertanggungjawab ke atas:

3.10.1  Tatacara Am.

·         Tidak menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk seperti hujan, kila
          dan petir.
·         Memberhentikan aktiviti apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

3.10.2 Tatacara Murid.

·         Tidak berada di tempat lapang atau kawasan yang terdedah kepada bahaya semasa cuaca buruk.
·         Berhenti serta merta setelah mendapat arahan daripada guru supaya berbuat demikian.
·         Mematuhi arahan dan peraturan.


3.11 Laporan Kemalangan Atau  Kecederaan.

    ( Rujuk Suat Pekeliling Bil. 9/2000 )

·         Jurulatih dan guru penasihat bertangunggjawab ke atas :

3.11.1 Tatacara Am.

·         Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru.
·         Membuat siasatan ke atas kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
·         Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

3.11.2 Tatacara Murid.

·         Melaporkan semua jenis kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa menyertai aktiviti kepada pihak pengurusan / guru.
·         Pelajar mesti memberitahu sejarah kesihatan mereka.
·         Melaporkan aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Contohnya, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

3.11.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.

·         Mengambil tindakan segera ke atas laporan yang dibuat oleh pelajar.
·         Membuat siasatan ke atas kemalangan atau kecedraan yang berlaku.
·         Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.







3.12. Laporan Aktiviti ( Penilaian dan Pemantauan )

( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 )

3.12.1 Tatacara Am.

·         Jumlah dan guru penasihat bertanggungjawab membuat penilaian dan laporan bertulis kepada pihak sekolah bagi setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai pelajar.
·         Jawatankuasa Keselamatan Ko-kurikulum membuat penilaian dan pemantauan keatas semua aktiviti ko-kurikulum sepanjang tahun.

3.12.2 Tatacara Murid.
·        
·         Membuat laporan bertulis ( jika perlu ).

3.12.3 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/guru.

·         Menyemak laporan bertulis oleh pelajar.
·         Membuat laporan bertulis setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3.13  LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM.

3.13.1     Tatacara Am.

·         Taklimat keselamatan oleh jurulatih atau guru penasihat sebelum aktiviti dijalankan.
·         ·Mengetahui dan mempunyai pelan keselamatan sama ada di kawasan latihan, padang, gelanggang dan stor sukan.
·         Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
·         Pengawasan rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Memastikan semua peralatan adalah selamat untuk digunakan dan dipulangkan dengan sempurna selepas digunakan.
·         Sebarang aktiviti mesti dijalankan di tempat yang ditetapkan.
·         Tidak menjalankan sebarang aktiviti di tempat lapang apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

3.12.2     Tatacara Murid.

·         Memakai pakaian sukan atau seragam yang lengkap.
·         Mendengar talklimat keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan, operaturan dan tatacarta penggunaan peralatan yang betul.
·         Membuat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga dengan mengisi Borang Akuan Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa/ Penjaga untuk pembedahan.
·         Mengetahui cara penggunaan peralatan sukan dengan betul.
·         Memakai alat perlindungan diri untuk aktiviti yang berbahaya.
·         Memberikan kepada guru maklumat peribadi dan sejarah kesihatan yang lengkap dan betul.
·         Mematuhi peraturan dan arahan guru.


3.12.3    Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.

·         Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.
·         Memastikan hanya juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta mempunyai latar belakang dan reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan menjalankan latihan.
·         Membuat laporan rapi atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan seterusnya.
·         Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungjawab dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan maklumat lengkap bagi memudahkan menghubungi ibubapa semasa kecemasan.
·         Menyediakan Fail Peribadi dan pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination ) yang lengkap bagi pelajar yang mewakili Sekolah, Bahagian, Negeri dan Negara.
·         Menyediakan prosedur khas bagi agensi atau badan-badan luar yang memerlukan khidmat pelajar contohnya , mewakili dalam permainan / sukan..
·         Menyediakan seorang pegawai bantuan kecemasan yang bertauliah.
·         Menjaga kebajikan pelajar.
·         Mempunyai rekod maklumat peribadi dan sejarah kesihatan pelajar yang lengkap.
·         Mengada aktiviti di tempat yang ditetapkan.
·         Memberhentikan serta merta aktiviti di tempat lapang atau terdedah kepada bahaya jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.
·         Memberi taklimat keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan yang betul.
·         Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan arahan.
·         Membuat pengawasan yang rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Mempastikan pengeluaran dan pengembalian barang adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
·         Menyediakan laporan yang lengkap tentang aktiviti yang dijalankan dan disertai.
·         Menyediakan peti pertolongan cemas.

3.13  LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TEMPAT LATIHAN.

3.13.1     Tatacara Am.

·         Tempat latihan haruslah berada dalam keadaan bersih.
·         Memastikan tempat latihan selamat digunakan.
·          Mempunyai pelan keselamatan.
·         Mempunyai jadual penggunaan tempat latihan.
·         Pelajar adalah dilarang sama sekali berada di tempat latihan tanpa pengawasan jurulatih atau guru penasihat.
·         Mempunyai peti pertolongan cemas.
·         Memastikan semua peralatan yang terdapat di tempat latihan adalah selamat untuk digunakan.
·         Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
·         Membuat laporan tentang peralatan sukan yang telah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.


3.13.2     Tatacara Murid.

·         Mematuhi peraturan dan arahan guru.
·         Melarang pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi guru.
·         Memastikan keselamatan diri dan alatan terjamin.
·         Menjaga keselamatan.
·         Melaporkan kepada guru sebarang kerosakan yang berlaku.
·         Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja berada di kawasan latihan.

3.13.3     Tatacara Pengurusan/ Jurulatih/Guru.

·         Memastikan peralatan sukan dan tempat latihan berada dalam keadaan terurus dan selamat.
·         Tidak membenarkan pelajar pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi dan selamat.
·         Mengambil tindakan segera keatas segala laporan kerosakan yang dibuat.
·         Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
·         Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja boleh berada di tempat latihan.
·         Memberi taklimat tentang pelan keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan peralatan yang betul.
·         Membuat laporan dan merekodkan sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku serta menmberitahu pihak pengurusan dan ibu bapa.

3.14   LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.

3.14.1     Tatacara Am.

·         Sentiasa menjaga kebersihan stor.
·         Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan.
·         Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.
·         Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
·         Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.
·         Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat sukan.
·         Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.
·         Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.
·         Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat.
·         Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.

3.14.2     Tatacara Murid.

·         Dilarang masuk ke dalam stor sukan.


3.14.3     Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.

·         Menjaga kebersihan stor sukan.
·         Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci.
·         Memadamkan suis apabila keluar dari stor.
·         Mempunyai pelan keselamatan.
·         Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
·         Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
·         Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

3.15  LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN.

3.15.1  Tatacara Am

·         Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan ( Warranty )
·          Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
·         Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

3.15.2     Tatacara Murid.

·         Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan yang digunakan.
·         Sentiasa berwaspada meenggnakan peratan.
·        Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.

3.15.3     Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.

·         Memastikan peralatan sukan mempunyai jaminan ( Warranty ).
·         Memastikan peralatan yang sudah tamat tarikh luput dihapuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
·         Mengambil tindakan segera atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku.
·         Memberi taklimat tatacara penggunaan peralatan yang betul.

3.16   KEGIATAN LUAR.

Kegiatan luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah dan/atau  melibatkan agensi luar untuk mengadakan lawatan atau perkhemahan. Kegiatan luar adalah perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik darjah kepada murid.Mengubah sausana pembelajaran supaya murid lebih berminat untuk terus belajar. Mengadakan lawatan yang berfaedah untuk murid Mengikut tatacara keselamatan yang disediakan apabila menjalankan aktiviti luar.Mengelakkan berlakunya kemalangan apabila menjalankan aktiviti luar dengan mengambil kira aspek keselamatan.

3.16.1 PERANAN MURID.

·         Murid mendapatkan kebenaran ibubapa.
·         Memberitahu taraf kesihatan kepada guru/pihak pengurusan.
·         Membawa peralatan yang diperlukan dengan lengkap.
·         Mendengar dengan teliti arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan oleh guru.
·         Sentiasa berada dalam kumpulan yang ditetapkan.
3.16.2  PERANAN GURU PENASIHAT/JURULATIH/ GURU PENGIRING

Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti luar melalui:
Poster
·         Edaran
·         Bengkel
·         Ceramah.
·         Tayangan Video.
·         Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas
·         .Perhimpunan Mingguan
·         Menganalisis setiap kejadian
·         Memaklum kepada ibu bapa dan pihak berkenaan.
·         Merekod semua aduan bagi sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat .
·         Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan.
·         Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.
·         Memanfaatkan sepenuhnya Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti luar sekolah.


3.16.3  PERANAN IBUBAPA

·         Mengambil tahu aktiviti luar yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
·         Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
·         Menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
·         Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.


3.17  LAWATAN SAMBIL BELAJAR

·         Lakukan aktiviti dalam kumpulan
·         Bawa peti kecemasan yang lengkap.
·         Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing ( pakai sentiasa ) pas lawatan sekolah.
·         Catat kedatangan pergi dan balik dan naik/turun daripada kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
·         Setelah tiba di tempat yang ditujui, ikut arahan guru/pemandu pelancong/ peraturan di tempat lawatan.
·         Pelajar melengkapkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga yang disediakan dan serahkan kepada guru penasihat.

·         Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik. Tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.


3.18      LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN HUTAN.


·         Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu bapa dan serahkan kepada guru penasihat
·         Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
·         Pakai pakaian yang sesuai- baju lengan panjang dan kasut sukan.
·         Dirikan khemah di kawasan yang sesuai dan bukan di laluan air atau bawah pokok berdahan reput/di lereng bukit yang boleh berlaku tanah runtuh/berhampiran tebing sungai/tempat curam/tanah lembut/di kawasan lembah dan lain-lain tempat yang berbahaya.
·         Taburkan serbuk belerang/garam di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa seperti ular dan serangga.
·         Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
·         Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana ia mungkin beracun.
·         Ketua kumpulan jalankan aktiviti dalam kumpulan.
·         Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
·         Sekiranya diganggu oleh haiwan liar, jangan panik. Jerit minta pertolongan dan lari untuk menyelamatkan diri.
·         Sekiranya terkena getah beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan serangga atau luka, dapatkan pertolongan kecemasan segera                ( Lampiran 4 )
·         Laporkan kepada guru.
·         Sekiranya sakit berterusan, keluar daripada kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
·         Bawa peralatan lengkap dan peti kecemasan.


3.19      LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN BERAIR.


Kawasan berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, loji penapisan air, empangan, bakau dan lain-lain.

·         Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
·         Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
·         Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.
·         Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti.
·         Jika terdapat sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah meminta tolong.
·         Jangan cuba memberi pertolongan cemas kecuali jika anda mempunyai kelayakan menyelamat di air.
·         Laporkan segera kepada guru/pegawai bertugas/penyelamat kecemasan.


 3.20      TATACARA GURU.

·         Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
·         Jika guru tidak mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai Sijil Kelayakan yang diperlukan.
·         Memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, seperti polis (bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan).
·         Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga.
·         Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa dan kumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
·         Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
·         Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
·         Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
·         Mengatur program yang sesuai.
                
3.20.1  TATACARA IBU BAPA/PENJAGA.

·         Menandatangani surat kebenaran ibubapa/penjaga.
·         Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
·         Memaklum kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
·         Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai sebarang aktiviti.
·         Menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak menyertai sebarang aktiviti.
·         Mengetahui masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti.
·         Memastikan peralatan mencukupi untuk anak jagaan menjalankan aktiviti.
·         Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.
·         Mendapatkan maklumat guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.


3.21  TATACARA TINDAKAN APABILA BERLAKU KEMALANGAN.

3.21.1  DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

·         Apabila berlaku kemalangan, terus laporkan kepada guru-guru yang bertugas
·         Buat laporan bertulis.
·         Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
·         Sekiranya serius, pihak sekolah akan menghantar pelajar berkenaan ke hospital dan laporkan kejadian tersebut kepada ibubapa murid/pesakit.
·         Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu buat aduan di Balai Polis.
·         Guru segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk tujuan tuntutan insurans.
·         Serahkan kedua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk urusan memohon tuntutan insurans selanjutnya.

 3.21.2  DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.

·         Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.
·         Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang berhampiran untuk menghantar ke hospital.
·         Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran / pejabat sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada polis.
·         Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan tuntutan insurans.













Friday, 15 November 2013

Prinsip-Prinsip Latihan

Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi hasil yang maksimun. Prinsip-prinsip ini adalah:-



1. Tambah Beban
Mempunyai perkaitan yang rapat dengan ansur maju
- Sistem latihan yang direkabentuk hendaklah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya dapat mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan.
- Oleh itu latihan perlu mengenakan beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasi komponen kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan.

2. Perbezan Individu
- Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapat perbezaan individu dari segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dn persekitaran.
- Oleh itu, program latihan yang sama tidak akan memberi kesan yang sama ke atas semua individu.

3. Pengkhususan
- Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai. 
- Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan dan lain-lain aspek kecergasan fizikal.
- Latihan-latihan yang khususu hendaklah dijalankan engikut permainan yang diceburi.
- Contoh bagi atlet lontar peluru perlu banyak latihan di bahagian tangan, pinggang dan kaki. Atlet ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

4. Kepelbagaian Latihan
- Mempelbagaikan Latihan dapat menghilangkan kebosanang dan rasa jemu atlet.
- Aplikasi penyilangan latihan adalah salah satu car dapat mengurangkan kebosanan dari segi mental dan fizikal.

5. Kebolehbalikan
- Latihan yang dijalankan hendaklah konsisiten kerana kesan dan hasil latihan tidak kekal.
- Penurunan prestasi akan berlaku sekiranya latihan tidak dilaksanakan dalam masa 72 jam.
- Penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang diambil untuk membinanya.
- Lti
- La

Saturday, 20 April 2013

KECEDERAAN DALAM SUKAN

1.0 Konsep dan Nilai

  • Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan.
  • Punca-punca kecederaan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.
1.1 Jenis-Jenis Kecederaan Dalam Sukan
  • Dikategorikan kepada kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras.
  • Kecederaan tisu lembut termasuklah kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot manakal kecederaan tisu keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang.
Ligamen
  • Ligamen adalah tisu serabut kolagen yang kuat. Terdapat dua jenis tisu serabut iaitu serabut putih dan serabut elastik kuning.
- Seliuh
  • Kecederaan pada serat-serat ligamen. Terputus sebahagiannya sahaja atau putus kesemuanya. Sering berlaku pada sendi lutut, pergelangan kaki, siku, bahu dan pinggang. Seliuh menjadikan kawasan yang terlibat membengkak, sakit dan lebam. Jika lebam terjadi di kawasan sendi-sendi yang tersebut, anda boleh mengesyaki bahawa terseliuh atau patah telah berlaku.
Tendon 
  • Ia terletak di bahagian hujung otot dan melekat pada tulang yang digerakkan oleh otot.
- Tendon Terputus
Sering terlibat ialah tendon Archilles dan tendon kuadrisep. Kecederaan yang terjadi mungkin melibatkan keeluruhan atau sebahagiannya sahaja. Individu yang mengalaminya mungkin boleh mendengar bunyi tendon terputus. Agak sukar digerakkan sekiranya ini berlaku.

Otot
(a) Kekejangan Urat dan Kekejangan Otot
  • Ia terjadi semasa seseorang mengalami latihan atau semasa pertandingan. Kekejangan otot juga boleh berlaku semasa menggeliat apabila bangun dari tidur. Ia juga boleh berlaku semasa menulis, berenang dan melakukan aktiviti fizikal (sukan). Boleh terjadi apabila faktor keletihan atau fatigue berlaku. Ini disebabkan oleh pengumpulan asid laktik yang berlebihan.
(b) Otot Koyak
  • Otot mungkin terkoyak melibatkan sebahagian atau keseluruhan otot. Kerana tujuan untuk prestasi yang maksimum, otot-otot bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan otot koyak dan atlet reban (jatuh).
Tulang
- Patah Tulang
  • Patah tulang atau retak di tulang terjadi disebabkan tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Kawasan tisu-tisu lain seperti otot, saraf, saluran darah juga terlibat. Patah akan mengakibatkan kawasan di situ ditakungi darah yang merembes dari pembuluh yang terdapat di hujung tulang yang patah.
  • Tanda-tanda terpenting kecederaan ini ialah kawasan yang patah deformed atau cacat. Terdapat juga bengkak, sakit (pedih) dan krepitus disebabkan pengeselan hujung tulang yang terlibat. Kawasan yang terlibat harus di x-ray terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian.
Sendi
- Kehelan Sendi (Dislokasi dan Subluksusi)
  • Dislokasi atau kehelan terjadi apabila satu permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar dari permukaan tulang rawannya.
  • Subluksusi terjadi apabila permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar sedikit dari tempat asalnya tetapi sebahagian permukaannya masih bertemu. X-ray adalah cara bagaimana menentukan tahap kecederaan jenis ini.
2.0 Prinsip Pencegahan
Prinsip latihan bagi mengelakkan kecederaan ialah :
  • Memanaskan badan
  • Penambahan bebanan semasa secara beransur-ansur (Gradualness)
  • Tempoh Latihan (Timing 1-1 1/2 hr)
  • Intensiti
  • Kesanggupan diri (Capacity Level)
  • Kekuatan (Motivation)
  • Pengkhususan
  • Relaksasi
  • Rutin
(a) Memanaskan Badan
  • Amalkan senaman memanaskan badan sebelum menjalani apa-apa senaman latihan yang lebih membebankan.
(b) Penambahan Beban Senaman Secara Beransur-Ansur
  • Secara beransur-ansur sedikit demi sedikit
(c) Tempoh Latihan
  • Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
(d) Intensiti
  • Lebih berfaedah sekiranya beban kerja ditambah daripada memanjangkan tempoh latihan.
(e) Kesanggupan Diri
  • Jangan berlatih melebihi paras kesanggupan diri.
(f) Kekuatan
  • Penting bagi mencapai kecergasan yang menyeluruh. Menunjukkan tahap berat senaman yang boleh dilakukan seperti di dalam latihan angkat berat.
(g) Motivasi
  • Hasrat mencapai tahap kecergasan yang tinggi merupakan motivasi yang baik Memahami kesan dan faedah senaman akan menggalakkan seseorang itu bersenam dengan lebih tekun.
(h) Pengkhususan
  • Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif. Sistem kardiovaskular, senaman aerobik. Bagi menguatkan otot-otot pula, senaman berbentuk anaerobik lebih sesuai.
(i) Relaksasi
-

(j) Rutin
  • Dilakukan tanpa paksaan dan harus menjadikannya sebagai suatu kebiasaan dalam hidup.
2.1 Kepentingan Memanaskan Badan
  • Merupakan komponen yang amat penting sebelum memulakan sesuatu latihan.
  • Ianya bertujuan menyediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran seterusnya di samping melonggarkan otot-otot yang tegang, sendi-sendi dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.
  • Astrand dan Rodhal (1970) menyatakan perlakuan memanaskan badan yang betul akan meningkatkan kelajuan dari 0.5 hingga 0.6 saat dalam larian 100 meter sementara 4.0 hingga 6.0 dalam larian 800 Meter.
  • 3 jenis latihan memanaskan badan iaitu melibatkan regangan statik, secara umum dan latihan memanaskan badan secara neuromuskular yang spesifik.
  • Wee (1996), aktiviti memanaskan badan adalah perlu untuk meregangkan otot-otot , tendon-tendon dan ligamen-ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu.
  • Penting bagi meningkatkan suhu badan dan seterusnya meletakkan pelajar bersedia secara mental dan fizikal terhadap aktiviti-aktiviti yang akan diceburinya.
3.0 Ansur Maju Latihan
3.1 Faedah Ansur Maju Latihan
  • Mempromosikan kesembuhan
  • Menyediakan ukuran perkembangan
  • Mendirikan bridge ke penyertaan
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Memaksimumkan prestasi pada bahagian yang cedera.
4.0 Aktiviti Bagi Mengelakkan Kecederaan
Menurut Vasudevan (1989), aktiviti-aktiviti memanaskan badan yang dapat mengelakkan kecederaan atlet mendapat kecederaan semasa pertandingan.
  • Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau joging sehingga badan berasa panas dan berpeluh.
  • Melunjur (stretching). Dilakukan senaman yang senang dahula sebelum mencuba senaman yang lebih susah.
  • Berlari pecut. Dilakukan dua atau tiga kali ulangan untuk 60 hingga 100 meter.
  • Senaman khusus (specific exercise). Bermaksud senaman-senaman yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pertandingan.
Pelbagai Cara Bagi Mengelakkan Kecederaan
  • Mengambil tindakan awal terhadap mereka yang sakit di bahagian-bahagian tertentu. Perlu diberi rehat yang cukup.
  • Memilih permainan-permainan yag sesuai berasaskan kepada kebolehan atlet tersebut.
  • Meminda undang-undang atau taktikal permainan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.
  • Mengajar kemahiran-kemahiran asas permainan untuk menyediaka dan membolehkan atlet-atlet bertindak sewajarnya.
  • Menggunakan alat-alat keselamatan seperti penutup muka, penutup dada dan lain-lain lagi adalah diwajibkan.
  • Menjalankan  (coditioning) yang baik dan sempurna hendaklah diusahakan.
  • Mengelakkan menggunakan bebanan yang berat atau ulangan yang rendah bagi kanak-kanak.
  • Menggunakan teknik mengurangkan berat badan dengan cepat adalah tidak digalakkan.
  • Menggalakkan atlet-atlet merasa gembira semasa bermain atau melakukan aktivit. Emosi yang kurang terganggu akan menyebabkan penumpuan sepenuhnya kepada permainan.
5.0 Keselamatan Kemudahan dan Peralatan
  • Padang atau gelanggang yang tidak rata, berlubang dan licin adalah penyumbang kepada faktor kecederaan sukan.
  • Keadaan sekeliling gelanggang, padang atau dewan harus diambil kira bagi mengelakkan kecederaan di luar permainan.
  • Contohnya, dahan pokok itu patah, bahan buangan yang bahaya seperti kaca dan besi di kawasan permainan.
Peralatan Perlindungan
  • Peralatan perlindungan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktivit sukan. Sebagai contoh, "Batting Helmet" untuk pemukul adalah wajib dipakai.
  • Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut.

Thursday, 18 April 2013

Rawatan Dan Pemulihan

1.0 PENGENALAN KEPADA RAWATAN DAN PEMULIHAN
1.1 Konsep Dan Definisi

  • Bererti langkah-langkah yang diambil bagi menilai serta memberi bantu mula kepada kecederaan.
  • Pemulihan membawa maksud kepada langkah-langkah yang diambil bagi memastikan atlet boleh kembali bergiat dalam sukan pada tahap sebelum berlakunya kecederaan.
1.2 Prosedur Rawatan
Rawatan boleh terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Rawatan Bantu Mula
  2. Rawatan Berterusan
Rawatan bantu mula bermaksud rawatan awal yang diberi bagi mengelakkan kecederaan yang berlaku menjadi semakin serius, manakala rawatan berterusan pula adalah rawatan yang diberikan sewantu fasa pemulihan kecederaan. Sebelum melakukan rawatan bantu mula, penilaian awal tahap kecederaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

1.2.1 Penilaian awal tahap kecederaan ini dilakukan untuk tujuan berikut :
  1. Menentukan apakah bentuk rawatan yang perlu diberikan.
  2. Menentukan jenis rawatan pemulihan yang akan diberikan.
  3. Menjadi tanda aras bagi menentukan keberkesanan rawatan pemulihan.
1.2.2 Senarai Semak Sebelum Melakukan Rawatan Bantu Mula

MATLAMAT
  1. Memastikan sama ada perlu bantuan kecemasan atau tidak.
  2. Menilai tahap kecederaan.
  3. Menentukan sama ada atlet perlu dialih atau tidak.
1.2.3 Rawatan Bantu Mula Perlu Dimulakan Dengan Penilaian Awal. Sama ada :
  • Atleh sedar atau tidak.
  • ABC merujuk kepada saluran udara (Airways), pernafasan (Breathing), dan peredaran darah (Circulation)
  • Pendarahan
Selepas melakukan kesemua penilaian di atas, barulah melakukan tinjauan sekunder.

(a) Bagaimana Kecederaan Berlaku 
Bertanya bagaimana kecederaan berlaku sama ada dari :
  • Atlet sekiranya beliau sedar.
  • Rakan sepasukan, sekiranya atlet pengsan.
(b) Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil perhatian :
  • Kedudukan/posisi atlet tersebut.
  • Respirasi (kadar, cetek atau dalam, ritma)
  • Trauma
  • Rindak balas atlet terhadap kecederaan
(c) Saringan Umum
  • Lakukan penilaian bagi deria sentuh dan pergerakan sekiranya mengesyaki kecederaan pada tulang belakang atau saraf.
  • Lakukan penilaian untuk kecederaan di kepala.
  • Lakukan penilaian ortopedik (sentuhan, julat pergerakan dan kekuatan, ujian khas)
  • Seliaan berterusan sekiranya atlet mengalami kejutan.
2.0 JENIS-JENIS RAWATAN BANTU MULA
2.1 Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation (DRABC)

Danger - Pastikan atlet tidak berada di tempat yang merbahaya dan boleh memburukkan keadaan. Contohnya, atlet marathon yang pengsan berhampiran dengan cerun atau longkang. Alihkan atlet ke tempat yang lebih selamat.

Response - Lihat sama ada terdapat tindak balas dari atlet. Contohnya, panggil nama atlet dan cuba berbual dengan beliau. Pastikan apa yang dituturkan oleh atlet itu boleh difahami. Jangan sesekali menggoncangkan badan atlet untuk mendapatkan respons/tindak balas.

Airways - Pastikan saluran udara atlet tidak tersekat. Contoh, atlet mungkin mengunyah gula-gula getah sewaktu berlari dan mungkin ianya tersekat di kerongkong. Masukkan jari ke mulut atlet untuk mengeluarkan bahan asing tersebut.

Breathing - Pastikan atlet bernafas. Pastikan sama ada pernafasan atlet terlalu pantas, cetek dan mempunyai ritma atau tiada pernafasan langsung.

Circulation - Merujuk kepada peredaran darah. Periksa sama ada terdapat denyutan nadi.

2.2 Talk, Observe, Touch, Action, Press (TOTAPs)

Talk - Berbual dengan atlet untuk menentukan tahap kesedarannya.

Observe - Lihat sama ada terdapat pendarahan, perubahan bentuk tulang dan perubahan warna kulit di tempat yang cedera.

Touch - Sentuh tempat yang cedera untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan dalam suhu di tempat yang cedera.

Action - Arahkan atlet melakukan pergerakan bagi melihat sejauh manakah tahap kecederaan tersebut.

Press - Tekan tempat yang cedera secara perlahan-lahan.

2.3 Rest, Ice, Compression, Elevation (RICE)

Rest - Rehatkan atlet.

Ice - Letakkan ais di tempat yang cedera. Pastikan ais tersebut dibalut dengan tuala. Jangan sesekali letakkan ais pada kecederaan yang terbuka seperti luka.

Compression - Berikan tekanan pada kawasan yang cedera. Tekanan boleh dilakukan dengan membalut kawasan yang cedera dengan menggunakan bandej.

Elevation - Naikkan kawasan yang cedera melebihi paras dada supaya darah dapat mengalir dengan lebih mudah.


2.4 Elevation, Airways, Resuscitation (EAR)

  • Diberikan kepada atlet yang tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi.
  • Memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atat mulut ke hidung, pastikan tiada benda asing dalam mulut atlet.
  • Rawatan EAR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih.
2.5 Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)
  • Diberikan kepada atlet yang tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi.
  • Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, pastikan tiada benda asing dalam mulut atlet.
  • Rawatan CPR ini adalah kombinasi antara memberikan pernafasan mulut ke mulut diselang-selikan dengan tekanan kepada kawasan jantung untuk menggerakkannya.
  • Rawatan CPR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih.
3.0 JENIS-JENIS PEMULIHAN

3.1 Rawatan Dingin
  • Merupakan rawatan awal bagi kesemua kecederaan yang tidak melibatkan pendarahan terbuka.
  • Menggunakan ketulan ais yang diletakkan dalam plastik dan dibalut dengan tuala. Bungkusan ini kemudiannya diletakkan pada tempat yang cedera.
  • Terdapat bungkusan sejuk-dingin yang dijual di farmasi Mempunyai fungsi sama ada seperti bungkusan ais.
  • Rawatan dingin sebaik-baiknya dilakukan segera selepas melakukan aktiviti atau selepas berlakunya kecederaan.
  • Hanya dilakukan selama 15-20 minit atau setelah kulit berubah kemerah-merahan.
3.2 Rawatan Panas
  • Biasanya dilakukan setelah berhentinya radangan awal.
  • Penggunaan rawatan panas ini akan menyebabkan vasodilasi iaitu keadaan di mana saluran-saluran darah akan membesar.
  • Lebih banyak darah yang mengalir ke tempat yang cedera akan membantu penyembuhan setelah peradangan awal pulih.
  • Rawatan panas dilakukan selepas 72 jam berlakunya kecederaan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius.
3.3 Rawatan Bertentangan
  • Merupakan suatu alternatif bagi rawatan panas dan dingin. Rawatan ini dilakukan sekiranya masih terdapat radangan (bengkak dan sakit) pada kawasan yang cedera walaupun selepas 72 jam kecederaan berlaku.
  • Untuk rawatan bertentangan ini, sediakan 2 baldi, satu diisi air panas dan satu lagi diisi dengan air sejuk (ais).
  • Rendamkan bahagian badan yang cedera dalam air panas selama 1-2 minit dan tukar ke air sejuk selama 4-5 minit. Lakukan berulang-ulang kali sehingga 30 minit dan pastikan rendaman terakhir ialah rendaman dalam air sejuk. Kemudian balut tempat yang cedera untuk mengelakkan berlakunya bengkak.
3.4 Urutan
  • Urutan penting kerana ia dapat membantu mengalirkan cairan yang tertumpu di kawasan yang cedera.


Tuesday, 16 April 2013

Konsep dan Definisi Kecergasan Keseluruhan dan Kecergasasn Fizikal

1. Konsep Kecergasan Keseluruhan

  • Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani.
  • Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
  • Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan bermakna.
(a) Kecergasan Fizikal
Kecergasan Fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

(b) Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

(c) Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.

(d) Kecergasan Emosi 
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik.

(e) Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

2. Definisi Kecergasan Fizikal
  • Berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental.
  • Berupaya melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa rasa letih atau lesua,
  • Mampu beribadat dengan sempurna.
  • dan mempunyai tenaga ketika waktu kecemasan.
    3. Kepentingan Kecergasan Fizikal
  •     Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem edaran darah.
  • Meningkatkan kecekapan pergerakan dan daya tahan otot.
  • Memperbaiki tonus dan postur.
  • Menambah kekuatan dan daya tahan otot.
  • Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan.
4. Komponen Kecergasan Fizikal
(a) Berlandaskan Kesihatan

Daya tahan kardiovaskular
  • Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangka masa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.
Daya tahan otot
  • Keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).
Kekuatan Otot
  • Tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu.
Kelenturan
  • Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerajan lingkungan penuh.
Komposisi tubuh badab
  • Meujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan : otot, tulang dan lemak.

(b) Berlandaskan Lakuan Motor 
Imbangan
  • Keupayaan mengekalkan keseimbangan pada keadaan statik atau bergerak.
Masa tindak balas
  • Berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan antara stimulus tersebut.
Ketangkasan
  • Berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.
Kelajuan/Kepantasan
  • Keupayaan melakukan sesuatu dalam jangka masa yang singkat.
Kuasa
  • Berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.
Koordinasi
  • Keupayaan dalam menggunakan deria seperti deria pendengaran dan penglihatan bersama anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

Pengenalan Kepada Olahraga

Pengenalan Kepada Olahraga Perkataan olahraga berasal daripada perkataan Greek “athlos” yang bermaksud “bertanding”. Olahraga juga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang. Selain itu, olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan antara individu atau kumpulan. Ianya juga merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Olahraga yang dikelolakan pada bentuk awal secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Pada tahun 1896, olahraga telah bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens. Elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden ialah olahraga. Nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal telah menyebabkan olahraga dipraktikkan di semua negara. Berlari, melompat dan melontar atau membaling adalah perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini telah diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang seterusnya dipertandingkan. Sukan ini berjaya mewujudkan sifat-sifat positif dalam diri seseorang seperti sifat ingin berlumba, berazam, berjaya serta mewujudkan semangat sepasukan dan perkembangan personaliti. Kebolehan manusia ini telah menjadi suatu acara pertandingan yang menarik dari semasa ke semasa sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak turun-temurun lagi. Oleh itu, lahirlah istilah olahraga (atlhetics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan melontar. Mereka yang terlibat dengan acara ini dikenali sebagai olahragawan (lelaki) dan olahragawati (wanita). Berdasarkan catatan Sejarah, “olahraga” dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Wajarlah dipercayai bahawa olahraga merupakan salah satu sukan yang tertua di dunia. Menurut catatan dalam buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh iaitu oleh ahli sukan Sparta yang bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Sukan olahraga di England telah berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olahraga yang pertama iaitu The Necton Guild ditubuhkan. Sebuah kelab olahraga peringkat universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University pada tahun 1850, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud sehingga sekarang. Amateur Athletic Club di England telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kebangsaan yang pertama di dunia pada tahun 1866. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat dari semasa ke semasa. Penubuhan persatuan-persatuan di sesebuah negara telah memberikan kesempatan kepaa negara-negara tersebut untuk mengambil bahagain dalam suatu kejohanan atau perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau persatuan yang bergabung dengan IAAF. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) ditubuhkan pada tahun 1912, merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia. Setiap negara termasuk Malaysia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu melalui persatuan di negara masing-masing.