1.0 Konsep
dan definisi Pendidikan Keselamatan
Pendidikan Keselamatan merupakan satu
proses mendidik masyarakat untuk menghindari kemalangan dalam pelbagai situasi.
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau
persekitaran dimana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan
lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat, sejahtera, harmonis, kurang
risiko, tanpa sebarang gangguan dan kemalangan. Langkah-langkah keselamatan
dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah,
ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran
yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang
perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua.
Di sekolah,
pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal,
atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah keselamatan.Kemalangan boleh
berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi
disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam
menjamin keselamatan. Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke
atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah,harga diri, gangguan
pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut.Kesemua ini boleh
dirangkumkan sebagai sebab yang membawa implikasi kerugian.Terdapat tiga faktor
yang boleh dijadikan asas kepada punca berlakunya kemalangan iaitu, faktor
manusia, faktor persekitaran dan faktor semulajadi.
Kelemahan manusia
Merupakan punca utama
berlakunya kemalangan.Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh,
cuai, lalai dan ditambahpula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri
sendiri memudahkan lagi keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan
manusia untuk mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu mengenai
keselamatan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan
keselamatan orang lain.
Faktor persekitaran
Sebagai satu punca
berlakunya kemalangansebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada
faktor manusia. Inidisebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk
persekitaran.Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan
kerusi mejamurid tidak sedikit pun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah
keselamatan.
1.2 Polisi keselamatan sekolah
Polisi
keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan
selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk
menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal
pelajar. Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan terhad kerana
kekurangan sokongan daripada masyarakat setempat. Masyarakat kurang peka
terhadap isu keselamatan di dalam kawasan sekolah. Warga sekolah kini terdedah
kepada pangaruh luar daripada segi fizikal, mental, emosi, sosial dan
teknilkal. Maka pihak sekolah perlu menetapkan satu polisi keselamatan yang
perlu dipatuhi.
BAGAIMANA
SESEBUAH SEKOLAH MENENTUKAN POLISI KESELAMATANNYA ?
Analisa
berlakunya kemalangan atau kecelakaan memperlihatkan bahwa untuk setiap
kemalangan ada faktor penyebabnya.
Sebab-sebab tersebut bersumber kepada kecuaian manusi dalam mematuhi prosedur
yang telah sediada untuk diamalkan serta dipatuhi. Penguasaan kemahiran yang lemah dalam
penggunaan alat-alat mekanik dan mempunyai pengetahuan yang minima dalam
mencegah berlakunya kemalangan menjadi
penyebab utama dalam berlakunya kecelakaan yang mengakibatkan kehilangan nyawa. dalam
kemalangan sehingga 85% dari sebab-sebab
kemalangan adalah faktor manusia. Maka
dari itu usaha-usaha memperkenalkan pendidikan keselamatan adalah amat
bertepatan untuk mendidik pelajar khusnya dan pengguna amnya.
1.2.1.Polisi
Keselamatan Kegiatan Luar Bilik Darjah
1.SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL:1/1989
Penyertaan
Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah
2.SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995
Penyertaan
Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk
Sukan.
3.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995
Perlaksanaan
Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan
Dan Bantuan Kerajaan.
4.SURAT PEKELILING KHTISAS BIL: 25/1998 dan BIL: 3/1979
Pendidikan
Jasmani.
5.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 24/1988
Penglibatan
Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan
Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
6.SURAT
PEKELILING IKHTISAS BIL: 25/1998
Perlaksanaan
Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.
7.SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL:
1/1995
Panduan
Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.
1.2.2. Aktiviti Ko-kurikulum
Aktiviti ko-kurikulum merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan
di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran. Pihak Sekolah bertanggungjawab menyediakan iklim
sekolah yang selamat semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Warga sekolah
terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal dan semasa penggunaan peralatan
sukan. Menyedari keperluan pengawasan yang rapi
sepanjang aktiviti dijalankan. Memastikan kegiatan ini
bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Mengelakkan berlakunya
kemalangan semasa kokurikulum
dijalankan.Mendisiplin diri dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum.Memastikan pengurusan peralatan dan diri
pelajar mengikut tatacara yang disediakan seperti di bawah:
PERANAN
MURID
·
Melapor taraf kesihatan
diri kepada guru
·
Mengikut arahan guru / jurulatih
sepanjang aktiviti dijalankan.
·
Melaporkan dengan segera
sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan.
·
Mengikut aktiviti yang
dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.
PERANAN
JURULATIH / GURU
Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada
pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum melalui:
·
Poster
·
Ceramah
·
Bengkel
·
Edaran
·
Perhimpunan Mingguan
·
Pengajaran dan
Pembelajaran dalam klelas
·
Menerima aduan pelajar dan
mengambil tindakan susulan.
·
Merekod semua aduan bagi
sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat.
·
Memaklum kepada ibubapa dan pihak berkenaan.
·
Memanfaatkan sepenuhnya
Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang
langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
·
Mengadakan peraturan
yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.
PERANAN
IBU BAPA DAN PENJAGA.
·
Mengambil tahu aktiviti
ko-kurikulum yang diikuti oleh anak/jagaan masing-masing.
·
Meneliti dan mengisi
borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang
dijalankan.
·
Menandatangani borang
pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
·
Menyediakan bahan
keperluan anak / jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
·
Mengenalpasti jurulatih /
guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon jurulatih / guru
berkenaan dan pihak sekolah.
POLISI
·
Memastikan warga
sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan
Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum.
·
Pegawai yang bertugas
semasa aktiviti kokurikulum dijalankan adalah bertanggungjawab untuk memastikan
bahawa semua polisi, peraturan dan langkah-langkah keselamatan diikuti
sepenuhnya.
·
Segala kemalangan yang
berlaku harus disusuli dengan tindakan segera mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
·
Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan
mesti dibuat kepada pegawai atau sekolah.
Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim
Takaful Kemalangan Diri Berkelompok
( rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil:
3/1995 )
Polisi keselamatan kegiatan kokurikulum adalah
diketahui oleh semua warga sekolah melalui usaha penyebaran maklumat dan
taklimat rasmi.Semua warga sekolah adalah tertakluk kepada polisi ini.
1.2.2. POLISI KESELAMATAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
1.
SUKAN / PERMAINAN /KELAB / UNIT BERUNIFORM.
( Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil:
24/1998 )
Semua
warga sekolah yang menjalankan kegiatan sukan, permainan, kelab dan
unit beruniform haruslah bertanggungjawab ke atas:
2.1
Tatacara Am
·
Keselamatan diri sama
ada kegiatan tersebut dijalankan di dalam atau diluar kawasan sekolah.
·
Keselamatan alatan
kelengkapan dan kemudahan.
·
Keselamatan fizikal.
·
Keselamatan emosi.
·
Keselamatan sosial.
2.2 Tatacara Murid.
·
Memastikan keselamatan
diri terjamin.
·
Mendapat kebenaran
bertulis daripada ibubapa
·
Sentiasa mematuhi arahan
jurulatih atau guru penasihat.
·
Mendapat kebenaran jurulatih
/ guru penasihat sebelum menggunakan alatan.
·
Menjalankan aktiviti di
tempat yang ditetapkan.
·
Menjalankan aktiviti
dengan teratur dan sistematik.
·
Memakai alat
perlindungan diri untuk aktiviti bebahaya.
·
Pelajar yang telah
dipilih mewakili sekolah/ bahagian/ negeri / negara mesti membuat pemeriksaan
kesihatan ( Medical Examination )
·
Memberitahu guru
tentang sejarah kesihatan mereka ( Medical History
·
Memberitahu /
melaporkan kepada guru sekiranya mengetahui perilaku rakan-rakan yang tidak
sihat, contohnya: penyalahgunaan dadah,
pil khayal dan lain-lain.
2.3
Tatacara Pengurusan / Jurulatih/ Guru.
·
Memberi taklimat
keselamatan kepada pelajar.
·
Mengetahui dan mempunyai
pelan keselamatan.
·
Memastikan pelajar
mematuhi peraturan dan arahan.
·
Membuat pengawasan yang
rapi sebelum, semasa dan sesudah digunakan.
·
Menjalankan aktiviti di
tempat yang ditetapkan.
·
Memberhentikan serta merta
aktiviti di tempat lapang jika didapati cuaca buruk akan berlaku.
·
Memastikan pelajar
menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Memastikan hanya jurulatih
yang berklayakan / bertauliah contohnya dari Majlis Sukan Negeri serta
mengetahui latar belakang mereka.
·
Menyediakan peti
pertolongan cemas.
·
Menyediakan pegawai
yang bertauliah dalam rawatan kecemasan mengiringi pelajar yang mewakili
sekolah.
·
Mempunyai rekod sejarah
kesihatan dan maklumat peribadi pelajar yang lengkap.
·
Membuat siasatan rapi
atas laporan yang telagh dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan dengan
segera.
·
Memberi kaunseling
kepada pelajar yang bermasalah contohnya masalah emosi, pencapaian sukan dan
akademik yang menurun dan lain-lain. ( Jika perlu hantar kepada kaunselor
bertauliah )
·
Membuat pemeriksaan
kesihatan yang lengkap ( Medical Examination ) untuk pelajar yang mewakili
sekolah sahaja )
·
Menjaga kebajikan
pelajar, contohnya, menyediakan makanan dan minuman, memberi wang saku,
menyediakan kenderaan dan lain-lain.
·
Memberitahu ibubapa/
penjaga tentang pemilihan pelajar dalam aktiviti-aktiviti tertentu, tarikh,
masa dan tempat latihan.
·
Memastikan Borang Akuan
Lepas Tanggungan dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan
Pembedahan diisi dengan lengkap untuk memudahkan guru menghubungi ibubapa /
penjaga semasa kecemasan.
·
Menyediakan Fail
Peribadi pelajar-pelajar yang dipilih mewakili sekolah, bahagian, negeri dan
negara.
·
Memastikan pemandu
bertauliah dan kenderaan yang digunakan untuk menghantar pelajar pergi dan
balik semasa mengikuti aktiviti dalam keadaan baik dan selamat.
·
Harus mempunyai insurans
kemalangan diri.
·
Menyediakan prosedur khas
untuk agensi/badan latihan luar yang menggunakan khidmat pelajar, contohnya,
mewakili dalam sukan / permainan.
2.4 Tatacara Ibu bapa /
Penjaga.
·
Menandatangani Surat
Kebenaran Ibu bapa/ Penjaga.
·
Memastikan anak berada
dalam keadaan sihat.
·
Memakulumkan kepada pihak
sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
·
Memastikan ada surat
pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai aktiviti.
·
Menyediakan pakaian yang
sesuai untuk anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti.
·
Mengetahui masa bermula
dan berakhirnya sesuatu aktiviti.
·
Memastikan peralatan
yang mencukupi untuk anak-anak jagaan menjalankan aktiviti.
·
Mengambil tahu tempat
dimana aktiviti dijalankan.
·
Mendapat maklumat guru
yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.
1.2.3.
Penyelengaraan Peralatan Sukan ( Stor
Sukan )
( Rujuk Surat Pekeliling Ikhitsas Bil. 9/2000
)
Semua
warga sekolah yang menggunakan peralatan sukan bertanggungjawab ke
atas:
3.1 Tatacara Am.
·
Peralatan sukan yang
dianggap merbahaya.
·
Memastikan semua
latihan sukan yang menggunakan peralatan yang membahaya diadakan pada hari atau
masa yang berasingan
·
Peralatan berbahaya
hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang
masa.
·
Alat-alat sukan
mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa
Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.
·
Merekodkan semua alat
yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan.
·
Mengembalikan semua alat
sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan.
·
Memastikan semua peralatan
sukan yang digunakan dalam keadaan yang selamat.
·
Membuat laporan kepada
pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang
atau perlu diperbaiki.
3.2
Tatacara Murid.
·
Pelajar dilarang masuk ke
dalam stor sukan tanpa kebenaran guru.
3.3 Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
·
·
Merekod semua alat sukan
yang digunakan.
·
Mengeluar, menyimpan dan
memeriksa alatan yang digunakan.
·
Mengawasi dengan rapi
penggunaan alatan terutama yang berbahaya.
·
Memastikan alatan sukan
yang digunakan dalam keadaan baik.
·
Membuat laporan tentang
peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
·
Memastikan hanya
jurulatih/ guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan.
3.4 Peralatan Sukan.
(
Rujuk Surat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
·
Pihak Pentadbir, Jurulatih
dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :
3.4.1. Tatacara Am.
·
Peralatan sukan
·
Peralatan sukan mestilah
selamat dan sesuai digunakan.
·
Peralatan sukan mesti
mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan
sukan.
·
Peralatan yang sudah tidak
selamat digunakan hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
3.5
Tatacara Murid.
·
Melaporkan kepada guru
jika terdapat sebarang kerosakan pada
peralatan yang digunakan.
·
Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.
3.6.
Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
·
Memastikan peralatan sukan
selamat dan sesuai digunakan.
·
Memastikan peralatan sukan
mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada undang-undang
persatuan sukan.
·
Peralatan yang sudah
tidak selamat digunakan harus dilupuskan mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.
·
Mengambil tindakan segera
atas lsporan kerosakan peralatan.
3.7 Kawasan Sukan / Permainan / Tempat Latihan
(
Rujuk Surat Perkeliling Ikhtisas Bil: 9/2000 )
·
Pihak Pentadbir, Jurulatih
dan Guru Penasihat bertanggungjawab ke atas :
3.8.
Tatacara Am.
·
·
Kawasan latihan, permainan
atau sukan dalam keadaan baik dan terurus.
3.8.1
Tatacara Murid.
·
Mematuhi peraturan dan
arahan guru.
·
Dilarang pergi atau berada
di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·
Memastikan keselamatan
diri dan alatan terjamin.
·
Menjaga kebersihan.
·
Melaporkan kepada guru sebarang
kerosakan yang berlaku.
·
Hanya pelajar yang
terlibat dalam aktiviti berada di kawasan latihan.
3.8.2
Tatacara Pengurusan / Jurulatih / Guru.
·
Memastikan tempat
latihan dan alatan yang terdapat di situ dalam keadaan baik, terurus dan
selamat.
·
Tidak membenarkan pelajar
pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi daripada gurtu.
·
Mengambil tindakan segera
terhadap laporan kerosakan yang berlaku.
Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
·
Memastikan pelajar yang terlibat
dalam aktiviti sahaja yang berada di tempat latihan.
3.9 Kawasan Larangan
(
Rujuk Surat Pekeliling Bil. 9/2000 )
·
Pihak pentadbir, jurulaih
dan guru penasihat bertanggungjawab ke atas:
3.9.1
Tatacara Am.
·
Kawasan larangan dan
berbahaya seperti gimnasium, angkat berat,, padang hoki/bola sepak, gelanggang
bola tampar/ sepak takraw, lapangan latihan memanah, kawasan balapan dan stor
sukan.
3.9.2
Tatacara Murid.
·
Dilarang berada di kawasan
larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·
Memastikan keselamatan
dan peralatan yang terdapat disitu adalah terjamin.
·
Mematuhi peraturan dan
arahan guru.
·
Menjaga kebersihan.
·
Membuat laporan tentang
kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru.
·
Hanya pelajar yang
terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di kawasan larangan dengan
pengawasan rapi guru.
3.9.3
Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.
·
Memastikan tiada
pelajar berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada guru.
·
Memastikan
pelajar mematuhi peraturan dan arahan
·
Memastikan kawasan
dalam keadaan baik, terurus dan selamat digunakan.
·
Memastikan peralatan
yang terdapat disitu dalam keadaan selamat.
·
Mengambil tindakan
segera atas segala laporan yang disampaikan oleh pelajar dan merekodkannya.
·
Menyediakan seorang
pegawai yang bertauliah dalam pertolongan cemas sepanjang aktiviti yang
dijalankan di kawasan tersebut.
·
Menyediakan bilik
rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan
tersebut.
·
Menyediakan bilik
rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti / latihan dijalankan.
3.10 Cuaca
/ Musim
(
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000 )
·
Semua warga sekolah
bertanggungjawab ke atas:
3.10.1
Tatacara Am.
·
Tidak menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk seperti hujan,
kila
dan petir.
·
Memberhentikan aktiviti apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.
3.10.2
Tatacara Murid.
·
Tidak berada di tempat
lapang atau kawasan yang terdedah kepada bahaya semasa cuaca buruk.
·
Berhenti serta merta
setelah mendapat arahan daripada guru supaya berbuat demikian.
·
Mematuhi arahan dan
peraturan.
3.11
Laporan Kemalangan Atau Kecederaan.
( Rujuk Suat Pekeliling Bil. 9/2000 )
·
Jurulatih dan guru
penasihat bertangunggjawab ke atas :
3.11.1
Tatacara Am.
·
Melaporkan sebarang
kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak pengurusan / guru.
·
Membuat siasatan ke
atas kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
·
Merekod semua jenis
kemalangan dan kecederaan yang berlaku.
3.11.2
Tatacara Murid.
·
Melaporkan semua jenis
kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa menyertai aktiviti kepada pihak
pengurusan / guru.
·
Pelajar mesti memberitahu
sejarah kesihatan mereka.
·
Melaporkan aktiviti tidak
sihat yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Contohnya, penyalahgunaan dadah
dan lain-lain.
3.11.3
Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.
·
Mengambil tindakan segera
ke atas laporan yang dibuat oleh pelajar.
·
Membuat siasatan ke
atas kemalangan atau kecedraan yang berlaku.
·
Merekod semua jenis kemalangan
dan kecederaan yang berlaku.
3.12.
Laporan Aktiviti ( Penilaian dan Pemantauan )
(
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 )
3.12.1
Tatacara Am.
·
Jumlah dan guru penasihat
bertanggungjawab membuat penilaian dan laporan bertulis kepada pihak sekolah
bagi setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai pelajar.
·
Jawatankuasa Keselamatan
Ko-kurikulum membuat penilaian dan pemantauan keatas semua aktiviti
ko-kurikulum sepanjang tahun.
3.12.2
Tatacara Murid.
·
·
Membuat laporan
bertulis ( jika perlu ).
3.12.3
Tatacara Pengurusan/Jurulatih/guru.
·
Menyemak laporan bertulis
oleh pelajar.
·
Membuat laporan bertulis
setiap aktiviti yang dijalankan atau disertai sama ada di dalam atau di luar
sekolah.
3.13 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEGIATAN
KOKURIKULUM.
3.13.1
Tatacara Am.
·
Taklimat keselamatan oleh
jurulatih atau guru penasihat sebelum aktiviti dijalankan.
·
·Mengetahui dan mempunyai
pelan keselamatan sama ada di kawasan latihan, padang, gelanggang dan stor
sukan.
·
Mematuhi semua peraturan
yang telah ditetapkan.
·
Pengawasan rapi
sepanjang aktiviti dijalankan.
·
Memastikan semua
peralatan adalah selamat untuk digunakan dan dipulangkan dengan sempurna
selepas digunakan.
·
Sebarang aktiviti mesti
dijalankan di tempat yang ditetapkan.
·
Tidak menjalankan sebarang
aktiviti di tempat lapang apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan
berlaku.
3.12.2 Tatacara Murid.
·
Memakai pakaian sukan
atau seragam yang lengkap.
·
Mendengar talklimat
keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan, operaturan dan tatacarta
penggunaan peralatan yang betul.
·
Membuat kebenaran
bertulis daripada ibubapa/penjaga dengan mengisi Borang Akuan Lepas Tanggungan
dan Borang Kebenaran Ibubapa/ Penjaga untuk pembedahan.
·
Mengetahui cara penggunaan
peralatan sukan dengan betul.
·
Memakai alat perlindungan
diri untuk aktiviti yang berbahaya.
·
Memberikan kepada guru
maklumat peribadi dan sejarah kesihatan yang lengkap dan betul.
·
Mematuhi peraturan dan
arahan guru.
3.12.3 Tatacara
Pengurusan/Jurulatih/Guru.
·
Memastikan pelajar
menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.
·
Memastikan hanya
juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta mempunyai latar belakang dan
reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan menjalankan latihan.
·
Membuat laporan rapi
atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan mengambil tindakan seterusnya.
·
Memastikan Borang Akuan
Lepas Tanggungjawab dan Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan
Pembedahan diisi dengan maklumat lengkap bagi memudahkan menghubungi ibubapa
semasa kecemasan.
·
Menyediakan Fail
Peribadi dan pemeriksaan kesihatan ( Medical Examination ) yang lengkap bagi
pelajar yang mewakili Sekolah, Bahagian, Negeri dan Negara.
·
Menyediakan prosedur
khas bagi agensi atau badan-badan luar yang memerlukan khidmat pelajar
contohnya , mewakili dalam permainan / sukan..
·
Menyediakan seorang
pegawai bantuan kecemasan yang bertauliah.
·
Menjaga kebajikan
pelajar.
·
Mempunyai rekod
maklumat peribadi dan sejarah kesihatan pelajar yang lengkap.
·
Mengada aktiviti di tempat
yang ditetapkan.
·
Memberhentikan serta merta
aktiviti di tempat lapang atau terdedah kepada bahaya jika terdapat tanda-tanda
cuaca buruk akan berlaku.
·
Memberi taklimat
keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan yang betul.
·
Memastikan pelajar
mematuhi peraturan dan arahan.
·
Membuat pengawasan yang
rapi sepanjang aktiviti dijalankan.
·
Mempastikan pengeluaran
dan pengembalian barang adalah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
·
Menyediakan laporan yang
lengkap tentang aktiviti yang dijalankan dan disertai.
·
Menyediakan peti
pertolongan cemas.
3.13 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TEMPAT
LATIHAN.
3.13.1
Tatacara Am.
·
Tempat latihan haruslah
berada dalam keadaan bersih.
·
Memastikan tempat latihan
selamat digunakan.
·
Mempunyai pelan keselamatan.
·
Mempunyai jadual penggunaan
tempat latihan.
·
Pelajar adalah dilarang
sama sekali berada di tempat latihan tanpa pengawasan jurulatih atau guru
penasihat.
·
Mempunyai peti
pertolongan cemas.
·
Memastikan semua peralatan
yang terdapat di tempat latihan adalah selamat untuk digunakan.
·
Mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan.
·
Membuat laporan tentang
peralatan sukan yang telah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.
3.13.2
Tatacara Murid.
·
Mematuhi peraturan dan
arahan guru.
·
Melarang pergi atau berada
di tempat latihan tanpa pengawasan rapi guru.
·
Memastikan keselamatan
diri dan alatan terjamin.
·
Menjaga keselamatan.
·
Melaporkan kepada guru
sebarang kerosakan yang berlaku.
·
Hanya pelajar yang
terlibat dalam aktiviti sahaja berada di kawasan latihan.
3.13.3 Tatacara Pengurusan/
Jurulatih/Guru.
·
Memastikan peralatan
sukan dan tempat latihan berada dalam keadaan terurus dan selamat.
·
Tidak membenarkan pelajar
pergi atau berada di tempat latihan tanpa pengawasan rapi dan selamat.
·
Mengambil tindakan segera
keatas segala laporan kerosakan yang dibuat.
·
Memastikan pelajar
sentiasa mematuhi peraturan dan arahan.
·
Hanya pelajar yang
terlibat dalam aktiviti sahaja boleh berada di tempat latihan.
·
Memberi taklimat
tentang pelan keselamatan, peraturan dan tatacara penggunaan peralatan yang
betul.
·
Membuat laporan dan
merekodkan sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku serta menmberitahu
pihak pengurusan dan ibu bapa.
3.14 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.
3.14.1 Tatacara Am.
·
Sentiasa menjaga
kebersihan stor.
·
Stor Sukan sentiasa
berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan.
·
Memastikan semua suis
dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang
telah ditetapkan.
·
Pengawasan yang rapi
semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan.
·
Meletakkan peralatan sukan
di tempat yang ditetapkan.
·
Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru
keluar masuk-alat-alat sukan.
·
Pengeluaran alat sukan
hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja.
·
Membuat laporan tentang
peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki.
·
Peralatan berbahaya
harus disimpan di tempat khas yang selamat.
·
Memasdtikan semua
peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.
3.14.2
Tatacara Murid.
·
Dilarang masuk ke dalam
stor sukan.
3.14.3 Tatacara
Pengurusan/Jurulatih/Guru.
·
Menjaga kebersihan stor
sukan.
·
Memastikan pintu stor
sukan sentiasa berkunci.
·
Memadamkan suis apabila
keluar dari stor.
·
Mempunyai pelan
keselamatan.
·
Mengisi borang keluar
masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk.
·
Membuat pengawasan yang
rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan.
·
Menyimpan peralatan di
tempat yang telah ditetapkan.
3.15 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN
PERALATAN SUKAN.
3.15.1 Tatacara
Am
·
Peralatan sukan mestilah
mempunyai jaminan ( Warranty )
·
Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan
piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan.
·
Peralatan yang sudah
tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
3.15.2
Tatacara Murid.
·
Melaporkan kepada guru
jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan yang digunakan.
·
Sentiasa berwaspada
meenggnakan peratan.
·
Mengetahui tatacara penggunaan peralatan
dengan betul.
3.15.3
Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.
·
Memastikan peralatan sukan
mempunyai jaminan ( Warranty ).
·
Memastikan peralatan yang
sudah tamat tarikh luput dihapuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
·
Mengambil tindakan segera
atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku.
·
Memberi taklimat tatacara
penggunaan peralatan yang betul.
3.16 KEGIATAN LUAR.
Kegiatan
luar ialah aktiviti yang dijalankan di luar daripada kawasan sekolah
dan/atau melibatkan agensi luar untuk
mengadakan lawatan atau perkhemahan. Kegiatan
luar adalah perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan ilmu
pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di dalam bilik darjah kepada
murid.Mengubah sausana pembelajaran supaya murid lebih berminat untuk terus
belajar. Mengadakan lawatan yang berfaedah untuk murid Mengikut tatacara keselamatan yang disediakan apabila
menjalankan aktiviti luar.Mengelakkan berlakunya kemalangan apabila menjalankan
aktiviti luar dengan mengambil kira aspek keselamatan.
3.16.1
PERANAN MURID.
·
Murid mendapatkan
kebenaran ibubapa.
·
Memberitahu taraf
kesihatan kepada guru/pihak pengurusan.
·
Membawa peralatan yang
diperlukan dengan lengkap.
·
Mendengar dengan teliti
arahan guru dan mengikut peraturan yang disediakan oleh guru.
·
Sentiasa berada dalam
kumpulan yang ditetapkan.
3.16.2 PERANAN GURU PENASIHAT/JURULATIH/ GURU
PENGIRING
Memberi
kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan
aktiviti luar melalui:
Poster
·
Edaran
·
Bengkel
·
Ceramah.
·
Tayangan Video.
·
Pengajaran dan Pembelajaran
dalam kelas
·
.Perhimpunan Mingguan
·
Menganalisis setiap
kejadian
·
Memaklum kepada ibu bapa
dan pihak berkenaan.
·
Merekod semua aduan bagi
sebarang insiden atau mereka yang disyaki mempunyai niat jahat .
·
Menerima aduan pelajar dan
mengambil tindakan susulan.
·
Mengadakan peraturan yang
jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti luar.
·
Memanfaatkan sepenuhnya
Jawatankuasa Permaufakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan PIBG dalam merancang
langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti luar sekolah.
3.16.3 PERANAN IBUBAPA
·
Mengambil tahu aktiviti
luar yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
·
Meneliti dan mengisi
borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti
yang dijalankan.
·
Menandatangani borang pengesahan
kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
·
Menyediakan bahan
keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
·
Mengenalpasti guru-guru
yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak
sekolah.
3.17
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
·
Lakukan aktiviti dalam
kumpulan
·
Bawa peti kecemasan
yang lengkap.
·
Pakai pakaian dan
peralatan yang sesuai. Pastikan ada pengenalan
sekolah dan diri masing-masing ( pakai sentiasa ) pas lawatan sekolah.
·
Catat kedatangan pergi dan
balik dan naik/turun daripada kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan
keselamatan.
·
Setelah tiba di tempat
yang ditujui, ikut arahan guru/pemandu pelancong/ peraturan di tempat lawatan.
·
Pelajar melengkapkan
borang kebenaran ibu bapa/penjaga yang disediakan dan serahkan kepada guru
penasihat.
·
Sekiranya terpisah
daripada kumpulan, jangan panik. Tunggu di satu tempat dan minta bantuan
sehingga bantuan sampai.
3.18
LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN HUTAN.
·
Lengkapkan Borang
Kebenaran Ibu bapa dan serahkan kepada guru penasihat
·
Berkumpul dalam kumpulan
dan tunggu arahan guru.
·
Pakai pakaian yang sesuai-
baju lengan panjang dan kasut sukan.
·
Dirikan khemah di kawasan
yang sesuai dan bukan di laluan air atau bawah pokok berdahan reput/di lereng
bukit yang boleh berlaku tanah runtuh/berhampiran tebing sungai/tempat
curam/tanah lembut/di kawasan lembah dan lain-lain tempat yang berbahaya.
·
Taburkan serbuk
belerang/garam di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang
berbisa seperti ular dan serangga.
·
Bersihkan kawasan
sekeliling khemah.
·
Jangan tebang dan
merosakkan sebarang tumbuhan kerana ia mungkin beracun.
·
Ketua kumpulan jalankan
aktiviti dalam kumpulan.
·
Hentikan aktiviti
sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
·
Sekiranya diganggu oleh
haiwan liar, jangan panik. Jerit minta pertolongan
dan lari untuk menyelamatkan diri.
·
Sekiranya terkena getah
beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan serangga atau luka,
dapatkan pertolongan kecemasan segera
( Lampiran 4 )
·
Laporkan kepada guru.
·
Sekiranya sakit
berterusan, keluar daripada kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di
klinik/hospital berdekatan.
·
Bawa peralatan lengkap
dan peti kecemasan.
3.19
LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN BERAIR.
Kawasan
berair seperti sungai, laut, lombong, tasik, loji penapisan air, empangan,
bakau dan lain-lain.
·
Berkumpul dalam kumpulan
dan tunggu arahan guru.
·
Dilarang membuat aktiviti
di air tanpa kehadiran guru/pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
·
Mesti gunakan jaket
keselamatan bagi semua aktiviti di air.
·
Dapatkan kebenaran guru
untuk sebarang aktiviti.
·
Jika terdapat sebarang
bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah meminta tolong.
·
Jangan cuba memberi
pertolongan cemas kecuali jika anda mempunyai kelayakan menyelamat di air.
·
Laporkan segera kepada
guru/pegawai bertugas/penyelamat kecemasan.
3.20
TATACARA GURU.
·
Mestilah mempunyai
Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang
dijalankan.
·
Jika guru tidak mempunyai
Sijil Kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang
terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai Sijil Kelayakan yang
diperlukan.
·
Memohon kebenaran
daripada pihak berkuasa tempatan, seperti polis (bergantung kepada jenis
aktiviti yang dijalankan).
·
Menyediakan surat
makluman kepada ibu bapa/penjaga.
·
Mengedarkan borang
kebenaran ibu bapa dan kumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
·
Menyediakan peraturan yang
lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
·
Pengawasan dan penyeliaan
yang rapi.
·
Mengkaji dan meninjau
tempat aktiviti yang dijalankan.
·
Mengatur program yang
sesuai.
3.20.1 TATACARA IBU BAPA/PENJAGA.
·
Menandatangani surat
kebenaran ibubapa/penjaga.
·
Memastikan anak berada
dalam keadaan sihat.
·
Memaklum kepada pihak
sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
·
Memastikan ada surat
pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk menyertai sebarang aktiviti.
·
Menyediakan pakaian yang
sesuai untuk anak menyertai sebarang aktiviti.
·
Mengetahui masa bermula
dan berakhir sesuatu aktiviti.
·
Memastikan peralatan
mencukupi untuk anak jagaan menjalankan aktiviti.
·
Mengambil tahu tempat
aktiviti dijalankan.
·
Mendapatkan maklumat
guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.
3.21
TATACARA TINDAKAN APABILA BERLAKU
KEMALANGAN.
3.21.1 DI DALAM KAWASAN SEKOLAH
·
Apabila berlaku
kemalangan, terus laporkan kepada guru-guru yang bertugas
·
Buat laporan bertulis.
·
Dapatkan rawatan kecemasan
mengikut keadaan kemalangan.
·
Sekiranya serius, pihak sekolah
akan menghantar pelajar berkenaan ke hospital dan laporkan kejadian tersebut
kepada ibubapa murid/pesakit.
·
Sekiranya melibatkan kes
polis, guru bertugas membantu buat aduan di Balai Polis.
·
Guru segera dapatkan
laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk tujuan tuntutan
insurans.
·
Serahkan kedua-dua
laporan kepada pihak pentadbir untuk urusan memohon tuntutan insurans
selanjutnya.
3.21.2 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.
·
Dapatkan rawatan kecemasan
mengikut keadaan kemalangan.
·
Sekiranya serius, minta
bantuan daripada orang yang berhampiran untuk menghantar ke hospital.
·
Dapatkan maklumat ibu
bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran / pejabat
sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada polis.
·
Dapatkan laporan
hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi
urusan tuntutan insurans.
No comments:
Post a Comment