- Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani.
- Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
- Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan bermakna.
(a) Kecergasan Fizikal
Kecergasan Fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
(b) Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
(c) Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.
(d) Kecergasan Emosi
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik.
(e) Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
2. Definisi Kecergasan Fizikal
- Berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental.
- Berupaya melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa rasa letih atau lesua,
- Mampu beribadat dengan sempurna.
- dan mempunyai tenaga ketika waktu kecemasan.
3. Kepentingan Kecergasan Fizikal
- Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem edaran darah.
- Meningkatkan kecekapan pergerakan dan daya tahan otot.
- Memperbaiki tonus dan postur.
- Menambah kekuatan dan daya tahan otot.
- Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan.
4. Komponen Kecergasan Fizikal
(a) Berlandaskan Kesihatan
Daya tahan kardiovaskular
- Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangka masa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.
Daya tahan otot
- Keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).
Kekuatan Otot
- Tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu.
Kelenturan
- Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerajan lingkungan penuh.
Komposisi tubuh badab
- Meujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan : otot, tulang dan lemak.
(b) Berlandaskan Lakuan Motor
Imbangan
- Keupayaan mengekalkan keseimbangan pada keadaan statik atau bergerak.
Masa tindak balas
- Berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan antara stimulus tersebut.
Ketangkasan
- Berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.
Kelajuan/Kepantasan
- Keupayaan melakukan sesuatu dalam jangka masa yang singkat.
Kuasa
- Berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.
Koordinasi
- Keupayaan dalam menggunakan deria seperti deria pendengaran dan penglihatan bersama anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.
No comments:
Post a Comment