Definisi
Pencemaran
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti
bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga
membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam
sekitar.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga
menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan
berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan
awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Jenis
Pencemaran
Pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke
dalam atmosfera. Contoh-contoh
bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan
oleh kenderaan dan kilang industri.
Kejadian kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam
sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah
kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
Peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun
serangga ke dalam tanah, sehingga terjadinya pertukaran warna, tahap kesuburan
dan hakisan.
·
Pencemaran
bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri,
biasanya melebihi 80 dB.
·
Pencemaran terma, iaitu
perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai
bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
·
Pencemaran visual, iaitu
pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar
dan papan iklan.
Cara berlaku
pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula
jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan
manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.
Pencemaran
Bunyi
Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang
diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara
bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari.
Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan
bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama
di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan
pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain
pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus
dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini,
kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding
di negara-negara maju. Justeru pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin
mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga
amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai.
Pencemaran
bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga
menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan
pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini
boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selanjar, kebisingan
fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan
selang-seli.
Kebisingan
selanjar adalah kebisingan yang selari dan kurang daripada 3
desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang
bunyi bergetar dengan lebih perlahan..
Kebisingan
fluktasi pula merupakan kebisingan yang terletak antara puncak
gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan
bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selanjar. Getaran gelombang
adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila
seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan.
Hentakan
impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang
lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras.
Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan
cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang
bunyi akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih
menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan
yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara
berselang-seli. Ia dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan
kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji
kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan
berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik
intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji
tidak disorongkan.
Punca-punca
berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri
dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material,
jentera,dan kenderaan. Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan
menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat,
gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan.
Di
kawasan penempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah di
tapak pembinaan ketika kerja-kerja menanam cerucuk-cerucuk besi di dalam
tanah untuk membina bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan -
kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di
kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan
kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang membunyikan `hon`
sesuka hati dan tidak mematikan enjin semasa menunggu anak di sekitar sekolah .
Aktiviti
masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara
yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi . Pada
sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim
perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12
malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku .
Pencemaran
bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang negatif
ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu
menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan
adrenalin (hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan
yang membahayakan.
Kesan
pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi
dan kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran
dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat
pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur
dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses mental,
iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.
Kesan
kesan negatif yang tersebut di atas biasanya berlaku kepada orang-orang yang
selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar
tempat perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk
di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan
pendengaran mereka di mana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara
beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar,
had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan bandar yang mempunyai jumlah
kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60
dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang di bawah Akta
Kualiti Alam Sekitar boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak
mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .
Pada
pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak
harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang
bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha
mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar
tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di negara kita.
Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar
dalam kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa
pencemaran .
Pencemaran Udara
Pencemaran
udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar
kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena
pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi
kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil
langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti
negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan
kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi
menangani masalah ini.
Pencemaran
udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan
pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang
dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak
lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan
pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industri yang melepaskan
asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal,
manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang
bergabung dan membentuk dengan gas–gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup
seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan
menghasilkan asid sulfurik.
Punca-punca
kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap
dari industr kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran
di tempat pelupusan . Selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga
menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan
dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan
partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di
sekitar tempat kejadian berlaku.
Kesan-kesan
pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan
manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana
udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan.
Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen
dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya
menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut
kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia
mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda
lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada
tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun)
dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran
udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang
tercemar.
Langkah-langkah
yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing elektrostatik.
Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan
melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan
bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis
alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan
dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir
adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan
mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu,
menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.
Kesimpulannya,
pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia boleh
menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar
keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar
supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata,
hargailah alam sekitar yang memberi pelbagai sumber untuk kita.
No comments:
Post a Comment