Tuesday, 16 April 2013
Pengenalan Kepada Olahraga
Pengenalan Kepada Olahraga
Perkataan olahraga berasal daripada perkataan Greek “athlos” yang bermaksud “bertanding”. Olahraga juga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang.
Selain itu, olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan antara individu atau kumpulan. Ianya juga merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Olahraga yang dikelolakan pada bentuk awal secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno.
Pada tahun 1896, olahraga telah bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens. Elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden ialah olahraga. Nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal telah menyebabkan olahraga dipraktikkan di semua negara.
Berlari, melompat dan melontar atau membaling adalah perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini telah diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang seterusnya dipertandingkan.
Sukan ini berjaya mewujudkan sifat-sifat positif dalam diri seseorang seperti sifat ingin berlumba, berazam, berjaya serta mewujudkan semangat sepasukan dan perkembangan personaliti. Kebolehan manusia ini telah menjadi suatu acara pertandingan yang menarik dari semasa ke semasa sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak turun-temurun lagi.
Oleh itu, lahirlah istilah olahraga (atlhetics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan melontar. Mereka yang terlibat dengan acara ini dikenali sebagai olahragawan (lelaki) dan olahragawati (wanita).
Berdasarkan catatan Sejarah, “olahraga” dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Wajarlah dipercayai bahawa olahraga merupakan salah satu sukan yang tertua di dunia. Menurut catatan dalam buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh iaitu oleh ahli sukan Sparta yang bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi.
Sukan olahraga di England telah berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olahraga yang pertama iaitu The Necton Guild ditubuhkan. Sebuah kelab olahraga peringkat universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University pada tahun 1850, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud sehingga sekarang.
Amateur Athletic Club di England telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kebangsaan yang pertama di dunia pada tahun 1866. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat dari semasa ke semasa. Penubuhan persatuan-persatuan di sesebuah negara telah memberikan kesempatan kepaa negara-negara tersebut untuk mengambil bahagain dalam suatu kejohanan atau perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau persatuan yang bergabung dengan IAAF.
Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) ditubuhkan pada tahun 1912, merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia. Setiap negara termasuk Malaysia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu melalui persatuan di negara masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment