Saturday, 20 April 2013

KECEDERAAN DALAM SUKAN

1.0 Konsep dan Nilai

  • Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan.
  • Punca-punca kecederaan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.
1.1 Jenis-Jenis Kecederaan Dalam Sukan
  • Dikategorikan kepada kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras.
  • Kecederaan tisu lembut termasuklah kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot manakal kecederaan tisu keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang.
Ligamen
  • Ligamen adalah tisu serabut kolagen yang kuat. Terdapat dua jenis tisu serabut iaitu serabut putih dan serabut elastik kuning.
- Seliuh
  • Kecederaan pada serat-serat ligamen. Terputus sebahagiannya sahaja atau putus kesemuanya. Sering berlaku pada sendi lutut, pergelangan kaki, siku, bahu dan pinggang. Seliuh menjadikan kawasan yang terlibat membengkak, sakit dan lebam. Jika lebam terjadi di kawasan sendi-sendi yang tersebut, anda boleh mengesyaki bahawa terseliuh atau patah telah berlaku.
Tendon 
  • Ia terletak di bahagian hujung otot dan melekat pada tulang yang digerakkan oleh otot.
- Tendon Terputus
Sering terlibat ialah tendon Archilles dan tendon kuadrisep. Kecederaan yang terjadi mungkin melibatkan keeluruhan atau sebahagiannya sahaja. Individu yang mengalaminya mungkin boleh mendengar bunyi tendon terputus. Agak sukar digerakkan sekiranya ini berlaku.

Otot
(a) Kekejangan Urat dan Kekejangan Otot
  • Ia terjadi semasa seseorang mengalami latihan atau semasa pertandingan. Kekejangan otot juga boleh berlaku semasa menggeliat apabila bangun dari tidur. Ia juga boleh berlaku semasa menulis, berenang dan melakukan aktiviti fizikal (sukan). Boleh terjadi apabila faktor keletihan atau fatigue berlaku. Ini disebabkan oleh pengumpulan asid laktik yang berlebihan.
(b) Otot Koyak
  • Otot mungkin terkoyak melibatkan sebahagian atau keseluruhan otot. Kerana tujuan untuk prestasi yang maksimum, otot-otot bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan otot koyak dan atlet reban (jatuh).
Tulang
- Patah Tulang
  • Patah tulang atau retak di tulang terjadi disebabkan tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Kawasan tisu-tisu lain seperti otot, saraf, saluran darah juga terlibat. Patah akan mengakibatkan kawasan di situ ditakungi darah yang merembes dari pembuluh yang terdapat di hujung tulang yang patah.
  • Tanda-tanda terpenting kecederaan ini ialah kawasan yang patah deformed atau cacat. Terdapat juga bengkak, sakit (pedih) dan krepitus disebabkan pengeselan hujung tulang yang terlibat. Kawasan yang terlibat harus di x-ray terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian.
Sendi
- Kehelan Sendi (Dislokasi dan Subluksusi)
  • Dislokasi atau kehelan terjadi apabila satu permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar dari permukaan tulang rawannya.
  • Subluksusi terjadi apabila permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar sedikit dari tempat asalnya tetapi sebahagian permukaannya masih bertemu. X-ray adalah cara bagaimana menentukan tahap kecederaan jenis ini.
2.0 Prinsip Pencegahan
Prinsip latihan bagi mengelakkan kecederaan ialah :
  • Memanaskan badan
  • Penambahan bebanan semasa secara beransur-ansur (Gradualness)
  • Tempoh Latihan (Timing 1-1 1/2 hr)
  • Intensiti
  • Kesanggupan diri (Capacity Level)
  • Kekuatan (Motivation)
  • Pengkhususan
  • Relaksasi
  • Rutin
(a) Memanaskan Badan
  • Amalkan senaman memanaskan badan sebelum menjalani apa-apa senaman latihan yang lebih membebankan.
(b) Penambahan Beban Senaman Secara Beransur-Ansur
  • Secara beransur-ansur sedikit demi sedikit
(c) Tempoh Latihan
  • Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
(d) Intensiti
  • Lebih berfaedah sekiranya beban kerja ditambah daripada memanjangkan tempoh latihan.
(e) Kesanggupan Diri
  • Jangan berlatih melebihi paras kesanggupan diri.
(f) Kekuatan
  • Penting bagi mencapai kecergasan yang menyeluruh. Menunjukkan tahap berat senaman yang boleh dilakukan seperti di dalam latihan angkat berat.
(g) Motivasi
  • Hasrat mencapai tahap kecergasan yang tinggi merupakan motivasi yang baik Memahami kesan dan faedah senaman akan menggalakkan seseorang itu bersenam dengan lebih tekun.
(h) Pengkhususan
  • Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif. Sistem kardiovaskular, senaman aerobik. Bagi menguatkan otot-otot pula, senaman berbentuk anaerobik lebih sesuai.
(i) Relaksasi
-

(j) Rutin
  • Dilakukan tanpa paksaan dan harus menjadikannya sebagai suatu kebiasaan dalam hidup.
2.1 Kepentingan Memanaskan Badan
  • Merupakan komponen yang amat penting sebelum memulakan sesuatu latihan.
  • Ianya bertujuan menyediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran seterusnya di samping melonggarkan otot-otot yang tegang, sendi-sendi dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.
  • Astrand dan Rodhal (1970) menyatakan perlakuan memanaskan badan yang betul akan meningkatkan kelajuan dari 0.5 hingga 0.6 saat dalam larian 100 meter sementara 4.0 hingga 6.0 dalam larian 800 Meter.
  • 3 jenis latihan memanaskan badan iaitu melibatkan regangan statik, secara umum dan latihan memanaskan badan secara neuromuskular yang spesifik.
  • Wee (1996), aktiviti memanaskan badan adalah perlu untuk meregangkan otot-otot , tendon-tendon dan ligamen-ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu.
  • Penting bagi meningkatkan suhu badan dan seterusnya meletakkan pelajar bersedia secara mental dan fizikal terhadap aktiviti-aktiviti yang akan diceburinya.
3.0 Ansur Maju Latihan
3.1 Faedah Ansur Maju Latihan
  • Mempromosikan kesembuhan
  • Menyediakan ukuran perkembangan
  • Mendirikan bridge ke penyertaan
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Memaksimumkan prestasi pada bahagian yang cedera.
4.0 Aktiviti Bagi Mengelakkan Kecederaan
Menurut Vasudevan (1989), aktiviti-aktiviti memanaskan badan yang dapat mengelakkan kecederaan atlet mendapat kecederaan semasa pertandingan.
  • Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau joging sehingga badan berasa panas dan berpeluh.
  • Melunjur (stretching). Dilakukan senaman yang senang dahula sebelum mencuba senaman yang lebih susah.
  • Berlari pecut. Dilakukan dua atau tiga kali ulangan untuk 60 hingga 100 meter.
  • Senaman khusus (specific exercise). Bermaksud senaman-senaman yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pertandingan.
Pelbagai Cara Bagi Mengelakkan Kecederaan
  • Mengambil tindakan awal terhadap mereka yang sakit di bahagian-bahagian tertentu. Perlu diberi rehat yang cukup.
  • Memilih permainan-permainan yag sesuai berasaskan kepada kebolehan atlet tersebut.
  • Meminda undang-undang atau taktikal permainan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.
  • Mengajar kemahiran-kemahiran asas permainan untuk menyediaka dan membolehkan atlet-atlet bertindak sewajarnya.
  • Menggunakan alat-alat keselamatan seperti penutup muka, penutup dada dan lain-lain lagi adalah diwajibkan.
  • Menjalankan  (coditioning) yang baik dan sempurna hendaklah diusahakan.
  • Mengelakkan menggunakan bebanan yang berat atau ulangan yang rendah bagi kanak-kanak.
  • Menggunakan teknik mengurangkan berat badan dengan cepat adalah tidak digalakkan.
  • Menggalakkan atlet-atlet merasa gembira semasa bermain atau melakukan aktivit. Emosi yang kurang terganggu akan menyebabkan penumpuan sepenuhnya kepada permainan.
5.0 Keselamatan Kemudahan dan Peralatan
  • Padang atau gelanggang yang tidak rata, berlubang dan licin adalah penyumbang kepada faktor kecederaan sukan.
  • Keadaan sekeliling gelanggang, padang atau dewan harus diambil kira bagi mengelakkan kecederaan di luar permainan.
  • Contohnya, dahan pokok itu patah, bahan buangan yang bahaya seperti kaca dan besi di kawasan permainan.
Peralatan Perlindungan
  • Peralatan perlindungan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktivit sukan. Sebagai contoh, "Batting Helmet" untuk pemukul adalah wajib dipakai.
  • Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut.

No comments:

Post a Comment