Pengenalan
Berdasarkan WHO keselamatan diri
bermaksud Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan
sosial (Dubos R.,1968). Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial,
emosi, mental, spritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada
adaptasi individu terhadap persekitaran. Kemalangan atau kecederaan kerapkali
wujud apabila langkah pecegahan tidak diberi perhatian atau berlaku perkara
yang di luar jangkaan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka - Kejadian yang
berlaku tanpa
diketahui sebab dan tidak dapat
diduga. Strasser, Aron dan Bohn (1981),
Perbuatan atau peristiwa tidak dirancang yang menyebabkan insiden
kecedaraan atau kematian kepada individu atau kerosakan kepada harta benda.
Colling,
(1990), Peristiwa yang tidak dirancang
atau di kawal, yang disebabkan oleh faktor manusia, faktor keadaan persekitaran
ataupun kombinasi mana-mana faktor. Ia akan mengganggu proses kerja, mungkin
menyebabkan kecederaan
Program Perlindungan Diri
Suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau
gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
Mengikut kamus dewan, keselamatan ialah suatu
perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa
yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa. Di antara perkara
yang perlu diberi perhatian semasa menjaga keselamatan diri bagi mempastikan
kecederaan anggota badan dapat dihindari.
1. Menjaga keselamatan diri sendiri,
orang lain dan mempastikan peralatan dan persekitaran tempat kerja selamat.
2. Mengetahui cara-cara pertolongan
cemas, bantu mula jika berlaku sebarang kecemasan.
Anggota Badan
Terdapat beberapa panduan sebagai langkah menjaga keselamatan diri
terutama anggota badan. Anggota badan merupakan harta yang tidak ternilai dan
tidak ada ganti jika terjejas.
Langkah mudah untuk menjaga keselamatan diri :
1. Dengar gerak hati
Jika anda merasa tertekan atau ada sesuatu yang tidak
kena, bertindak segera dan ubah keadaan tersebut. Gerak hati anda adalah alat
kawalan keselamatan diri yang paling penting.
2. Berwaspada
Berwaspada serta memberikan isyarat bahawa anda sedar
akan apa yang berlaku di sekeliling anda, akan mengelakkan anda daripada
menjadi mangsa.
3. Penonjolan Keyakinan diri melalui:
Badan – cara berjalan,
melihat dan bergerak dengan yakin serta bermatlamat. Jangan berjalan sambil
tertunduk tetapi jangan pula mencabar orang lain, yang akan menarik perhatian
penyerang.
Suara – tentukan
sempadan peribadi, menunjukkan kepada orang lain bagaimana anda harus dilayan,
menjerit dan meriuhkan keadaan jika perlu. 80% daripada penyerang boleh
dielakkan dengan penonjolan keyakinan diri yang sesuai.
Petua penting
bagi menjaga keselamatan diri
i. Rancang perjalanan dan pergerakan anda dengan memberi keutamaan
kepada keselamatan diri.
ii. Mengetahui
tempat-tempat yang selamat di sekitar tempat kediaman, tempat kerja dan riadah
anda.
iii. Balai
polis, balai bomba, hospital dan premis perniagaan terbuka adalah tempat-tempat
yang selamat.
iv. Pastikan
barang-barang berharga anda tertutup dari pandangan umum dan tidak
menunjuk-nunjuk.
v. Jika
membawa dompet, simpan dalam poket di hadapan dan sentiada waspada kepada
persekitaran.
vi. Jika
ada orang mengekori anda, menghampiri anda dan anda tidak tahu akan motif
mereka, berpandangan mata dengannya selama satu saat. Ini akan memberi
isyarat kepadanya bahawa anda sedar, anda ternampak dia dan anda bukan seorang
mangsa.
Pakaian Perlindungan Diri
Setiap individu perlu bijak menjaga keselamatan
diri. Terutama perkara yang asas iaitu pakaian tidak kira pakaian harian atau
pakaian perlindungan diri jika berlaku sebarang kecemasan.
Pakaian perlindungan diri terutama di tempat kerja adalah unsur-unsur yang perlu sesebuah
organisasi beri perhatian. Malah
pentadbir sesebuah organisasi bertanggungjawab mewujudkan suasana tempat kerja yang selamat, termasuk
persekitaran dan peralatan yang digunakan. Terutama kepada sesetengah pekerjaan
yang terdedah kepada bahaya seperti radiasi dan pencemaran.
Terdapat beberapa peralatan keselamatan diri yang digunakan khusus bagi
menjaga keselamatan diri di tempat kerja. Peralatan ini tidak sama di antara
premis kerja.
1) Baju kerja
2) Helmet (pelindung kepala)
3) Kaca mata (pelindung mata)
4) Sarung tangan
5) Kasut keselamatan
2) Helmet (pelindung kepala)
3) Kaca mata (pelindung mata)
4) Sarung tangan
5) Kasut keselamatan
Carta Alat Perlindungan Diri (APD)
Keselamatan kerja merangkumi pencegahan kecederaan di tempat,kerja,
melindungi pekerja daripada mendapat sebarang kecelakaan yang mungkin berlaku
akibat dari situasi tempat kerja, atau tahap kesihatan yang tidak baik.
Syarat-syarat kesihatan, keselamatan, dan keselesaan di tempat kerja
ditetapkan bermula tahap perencanaan,
pembuatan, pengangkutan, peredaran, perdagangan, pemasangan, pemakaian,
penggunaan, pemeliharaan, dan penyimpanan bahan, barang, atau produk agar tidak menimbulkan bahaya atau kecelakaan.
Alat
yang digunakan oleh tenaga kerja untuk melindungi seluruh/sebagian anggota
badannya terhadap kemungkinan adanya kemungkinan berlaku bahaya/kecelakaan semasa
kerja. APD dipakai sebagai upaya terakhir dalam usaha melindungi tenaga kerja
apabila usaha teknikal (engineering) dan pengurusan tidak dapat dilakukan dengan baik. Namun
pemakaian APD bukanlah pengganti dari kedua usaha tersebut, namun sebagai usaha
pencegahan.
Keselamatan tempat kerja adalah tanggungjawab organisasi
bagi menyediakan suasana kerja yang kondusif. Organisasi perlu pastikan tempat
kerja selamat dari gangguan luar. Keselamatan tempat kerja bergantung kepada
jenis organisassi samaa ada hospital, sekolah, kilang atau lain-lain. Suasana
ini memerlukan pengawasan yang berbeza mengikut tahap bahaya dan risiko yang
berbeza.
Faktor
yang mempengaruhi keselamatan semasa kerja :
i. Selamat dari unsur bahaya sama ada dari segi tempat, rakan sekerja, luar
mahupun peralatan yang digunakan.
ii. Kesedaran setiap pekerja di atas
keselamatan diri masing-masing.
iii.
Teliti dalam bekerja
iv. Melaksanakan Prosedur kerja dengan memperhatikan keamanan dan
iv. Melaksanakan Prosedur kerja dengan memperhatikan keamanan dan
kesihatan kerja.
Panduan keselamatan :
i. Buku
panduan (manual penggunaan peralatan)
ii. Tanda isyarat bahaya.
ii. Tanda isyarat bahaya.
iii. Taklimat kecemasan
iv. Rekod kesihatan
iv. Rekod kesihatan
v. Pemeriksaan kesihatan (hospital/klinik)
vi. Petugas keselamatan
vi. Petugas keselamatan
Alat-alat Pelindung Diri
Semasa melaksanakan pekerjaan, badan kita harus benar-benar terlindung dari kemungkinan terjadinya kecelakaan. Untuk melindungi diri dari risiko yang ditimbulkan akibat kecelakaan, maka badan kita perlu menggunakan ala-alat pelindung ketika melaksanakan suatu pekerjaan. Alat keselamatan kerja yang biasanya dipakai oleh tenaga kerja adalah helmet, mask, kacamata, atau alat perlindungan telinga tergantung pada jeniiiis pekerjaan..
Berikut dihuraikan beberapa alat pelindung yang biasa dipakai dalam melakukan pekerjaan elektrik dan elektronik.
Pakaian
Yang Sesuai Semasa Kerja
Pemilihan dan pemakaian pakaian kerja dilakukan berdasarkan ketentuan
berikut.
• Pemakaian pakaian yang sesuai
dapat mengurangkan risiko kecederaan
• Pakaian longgar, tidak kemas tidak sesuai dipakai semasa mengendalikan mesin.
• Jika pekerjaan yang perlu mengendalikan bahan yang berbahaya seperti bahaya letupan / kebakaran pastikan memakai pakaian yang terbuat daripada seluloid.
• Baju lengan pendek lebih baik daripada baju lengan panjang.
• Benda tajam atau runcing tidak boleh dibawa dalam kocek/saku.
• Tenaga kerja yang bekerja dalam persekitaran berdebu, tidak boleh memakai pakaian berkocek, atau mempunyai lipatan.
• Pakaian longgar, tidak kemas tidak sesuai dipakai semasa mengendalikan mesin.
• Jika pekerjaan yang perlu mengendalikan bahan yang berbahaya seperti bahaya letupan / kebakaran pastikan memakai pakaian yang terbuat daripada seluloid.
• Baju lengan pendek lebih baik daripada baju lengan panjang.
• Benda tajam atau runcing tidak boleh dibawa dalam kocek/saku.
• Tenaga kerja yang bekerja dalam persekitaran berdebu, tidak boleh memakai pakaian berkocek, atau mempunyai lipatan.
No comments:
Post a Comment