Monday, 27 October 2014

Pencemaran

Definisi Pencemaran
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.


Jenis Pencemaran

Terdapat beberapa jenis pencemaran yang mengancam bumi
·         Pencemaran udara
Pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.

·         Pencemaran air
Kejadian kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
·         Pencemaran tanah
Peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanah, sehingga terjadinya pertukaran warna, tahap kesuburan dan hakisan.
·         Pencemaran radioaktif,
Pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
·         Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
·         Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
·         Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
·         Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Justeru pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai.

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai  bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selanjar, kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

Kebisingan selanjar adalah kebisingan yang selari dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan..

Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selanjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli  berlaku secara berselang-seli. Ia dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,dan kenderaan. Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang  dikeluarkan.

Di kawasan penempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi  adalah di tapak pembinaan  ketika kerja-kerja  menanam cerucuk-cerucuk besi  di dalam tanah untuk membina bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang membunyikan `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin semasa menunggu anak di sekitar sekolah .

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi .  Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku .

Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang negatif  ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalin (hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada  kesan fisiologi dan kesan psikologi  . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut di atas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka di mana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .

Pada pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran . 

Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.

Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas–gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik.

Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industr kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . Selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran  hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.

Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi pelbagai sumber untuk kita. 

Thursday, 23 October 2014

Keselamatan Diri

Pengenalan
Berdasarkan WHO keselamatan diri bermaksud Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial (Dubos R.,1968). Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran. Kemalangan atau kecederaan kerapkali wujud apabila langkah pecegahan tidak diberi perhatian atau berlaku perkara yang di luar jangkaan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka - Kejadian yang berlaku tanpa 
diketahui sebab dan tidak dapat diduga. Strasser, Aron dan Bohn (1981),  Perbuatan atau peristiwa tidak dirancang yang menyebabkan insiden kecedaraan atau kematian kepada individu atau kerosakan kepada harta benda.

Colling, (1990),  Peristiwa yang tidak dirancang atau di kawal, yang disebabkan oleh faktor manusia, faktor keadaan persekitaran ataupun kombinasi mana-mana faktor. Ia akan mengganggu proses kerja, mungkin menyebabkan kecederaan

Program Perlindungan Diri
Suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.  
Mengikut kamus dewan, keselamatan ialah suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa menjaga keselamatan diri bagi mempastikan kecederaan anggota badan dapat dihindari.
1. Menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan mempastikan peralatan dan persekitaran tempat kerja selamat.
2. Mengetahui cara-cara pertolongan cemas, bantu mula jika berlaku sebarang kecemasan. 

Anggota Badan
Terdapat beberapa panduan sebagai langkah menjaga keselamatan diri terutama anggota badan. Anggota badan merupakan harta yang tidak ternilai dan tidak ada ganti jika terjejas. 
Langkah mudah untuk menjaga keselamatan diri :
1.         Dengar gerak hati
Jika anda merasa tertekan atau ada sesuatu yang tidak kena, bertindak segera dan ubah keadaan tersebut. Gerak hati anda adalah alat kawalan keselamatan diri yang paling penting.

2.         Berwaspada
Berwaspada serta memberikan isyarat bahawa anda sedar akan apa yang berlaku di sekeliling anda, akan mengelakkan anda daripada menjadi mangsa.

                        3.         Penonjolan Keyakinan diri melalui:

Badan – cara berjalan, melihat dan bergerak dengan yakin serta bermatlamat. Jangan berjalan sambil tertunduk tetapi jangan pula mencabar orang lain, yang akan menarik perhatian penyerang.

Suara – tentukan sempadan peribadi, menunjukkan kepada orang lain bagaimana anda harus dilayan, menjerit dan meriuhkan keadaan jika perlu. 80% daripada penyerang boleh dielakkan dengan penonjolan keyakinan diri yang sesuai.

Petua penting bagi menjaga keselamatan diri

i.          Rancang perjalanan dan pergerakan anda dengan memberi keutamaan kepada keselamatan diri.
ii.          Mengetahui tempat-tempat yang selamat di sekitar tempat kediaman, tempat kerja dan riadah anda.
iii.         Balai polis, balai bomba, hospital dan premis perniagaan terbuka adalah tempat-tempat yang selamat.
iv.        Pastikan barang-barang berharga anda tertutup dari pandangan umum dan tidak menunjuk-nunjuk.
v.         Jika membawa dompet, simpan dalam poket di hadapan dan sentiada waspada kepada persekitaran.
vi.        Jika ada orang mengekori anda, menghampiri anda dan anda tidak tahu akan motif mereka, berpandangan mata dengannya selama satu saat. Ini akan memberi isyarat kepadanya bahawa anda sedar, anda ternampak dia dan anda bukan seorang mangsa.

Pakaian Perlindungan Diri
Setiap individu perlu bijak menjaga keselamatan diri. Terutama perkara yang asas iaitu pakaian tidak kira pakaian harian atau pakaian perlindungan diri jika berlaku sebarang kecemasan.
Pakaian perlindungan diri terutama di tempat  kerja adalah unsur-unsur yang perlu sesebuah organisasi  beri perhatian. Malah pentadbir sesebuah organisasi bertanggungjawab mewujudkan  suasana tempat kerja yang selamat, termasuk persekitaran dan peralatan yang digunakan. Terutama kepada sesetengah pekerjaan yang terdedah kepada bahaya seperti radiasi dan pencemaran.
Terdapat beberapa peralatan keselamatan diri yang digunakan khusus bagi menjaga keselamatan diri di tempat kerja. Peralatan ini tidak sama di antara premis kerja.
1)         Baju kerja
2)         Helmet (pelindung kepala)
3)         Kaca mata (pelindung mata)
4)         Sarung tangan
5)         Kasut keselamatan

           Carta Alat Perlindungan Diri (APD)
Keselamatan kerja merangkumi pencegahan kecederaan di tempat,kerja, melindungi pekerja daripada mendapat sebarang kecelakaan yang mungkin berlaku akibat dari situasi tempat kerja, atau tahap kesihatan yang tidak baik.
Syarat-syarat kesihatan, keselamatan, dan keselesaan di tempat kerja ditetapkan bermula  tahap perencanaan, pembuatan, pengangkutan, peredaran, perdagangan, pemasangan, pemakaian, penggunaan, pemeliharaan, dan penyimpanan bahan, barang, atau produk  agar tidak menimbulkan bahaya atau kecelakaan.
    Alat yang digunakan oleh tenaga kerja untuk melindungi seluruh/sebagian anggota badannya terhadap kemungkinan adanya kemungkinan berlaku bahaya/kecelakaan semasa kerja. APD dipakai sebagai upaya terakhir dalam usaha melindungi tenaga kerja apabila usaha teknikal (engineering) dan pengurusan  tidak dapat dilakukan dengan baik. Namun pemakaian APD bukanlah pengganti dari kedua usaha tersebut, namun sebagai usaha pencegahan.

Keselamatan tempat kerja adalah tanggungjawab organisasi bagi menyediakan suasana kerja yang kondusif. Organisasi perlu pastikan tempat kerja selamat dari gangguan luar. Keselamatan tempat kerja bergantung kepada jenis organisassi samaa ada hospital, sekolah, kilang atau lain-lain. Suasana ini memerlukan pengawasan yang berbeza mengikut tahap bahaya dan risiko yang berbeza.

Faktor yang mempengaruhi keselamatan semasa kerja :
               
i.   Selamat dari unsur bahaya sama ada dari segi tempat, rakan sekerja, luar      
     mahupun peralatan yang digunakan.
ii.  Kesedaran setiap pekerja di atas keselamatan  diri masing-masing.
iii. Teliti dalam bekerja
iv.  Melaksanakan Prosedur kerja dengan memperhatikan keamanan dan
     kesihatan kerja.

Panduan keselamatan :
i.           Buku panduan (manual penggunaan peralatan)
ii.         
Tanda isyarat bahaya.
iii.         Taklimat kecemasan
iv.       
Rekod kesihatan
v.         Pemeriksaan kesihatan (hospital/klinik)
vi.        Petugas keselamatan

Alat-alat Pelindung Diri

Semasa  melaksanakan pekerjaan, badan kita harus benar-benar terlindung dari kemungkinan terjadinya kecelakaan. Untuk melindungi diri dari risiko yang ditimbulkan akibat kecelakaan, maka badan kita perlu menggunakan ala-alat pelindung ketika melaksanakan suatu pekerjaan. Alat keselamatan kerja yang biasanya dipakai oleh tenaga kerja adalah helmet, mask, kacamata, atau alat perlindungan telinga tergantung pada jeniiiis pekerjaan..
Berikut dihuraikan beberapa alat pelindung yang biasa dipakai dalam melakukan pekerjaan elektrik  dan elektronik.

Pakaian Yang Sesuai Semasa Kerja
Pemilihan dan pemakaian pakaian kerja dilakukan berdasarkan ketentuan berikut.
•  Pemakaian pakaian yang sesuai dapat mengurangkan risiko kecederaan
•  Pakaian longgar, tidak kemas tidak sesuai dipakai semasa mengendalikan mesin.      
• Jika pekerjaan yang perlu mengendalikan bahan yang berbahaya seperti  bahaya      letupan / kebakaran pastikan  memakai pakaian yang terbuat daripada seluloid.
• Baju lengan pendek lebih baik daripada baju lengan panjang.
• Benda tajam atau runcing tidak boleh dibawa dalam kocek/saku.
• Tenaga kerja yang bekerja dalam persekitaran berdebu, tidak boleh memakai pakaian berkocek,  atau mempunyai lipatan.


Tanggungjawab Keselamatan Dan Persekitaran

Pengenalan
Peranan Pentadbir
Membentuk Jawatankuasa
Menentukan bidang tugas
Melaksanakan Pemantauan
Membuat Penilaian
Merangka semula perlaksanaan

Membentuk Jawatan Kuasa
Satu jk keselamatan perlu dibentuk di peringkat sekolah.
Jawatan kuasa perlu terdiri dari kalangan
Guru
Pekerja
Ibu bapa
Agensi luar yang berkaitan
Polis
Bomba
Jabatan Kesihatan

Menentukan bidang tugas

Pentadbiran perlu menentukan tugasan atau peranan Jawatan kuasa supaya dapat
melaksanakan tugas dengan baik.
Bencana Kebakaran
Bencana Alam
Lalu lintas
Prosedur keluar masuk
Lain-lain yang berkaitan

Melaksanakan Pemantauan

Pemantauan perlu dilaksanakan terhadap
Mesyuarat
Perlaksanaan program
Latihan kebakaran
Latihan bencana alam
Seminar atau kempen
Keberkesanan tugas.

Membuat Penilaian
Penilaian terhadap
Pencapaian program
Perlaksanaan program
Kesesuaian Program
Kejayaan atau keberkesanan tugas
Lain-lain perkara.

Merangka semula perlaksanaan
Perlaksanaan perlu dirangka semula jika
Kegagalan
Kelemahan ketara
Ketidak sesuaian dengan keadaan
Terdapat kelemahan
Peningkatan taraf
Mengukuhkan bahagian yang lemah
Baiki kelemahan

Kesimpulan
Pentadbir sekolah perlu bertindak tegas dari aspek keselamatan.
Perlu bertanggung jawab secara keseluruhan.
Faham akan kedudukan sebagai pentadbir dalam aspek keselamatan

Sentiasa peka dengan keselamatan sekolah, staf dan pelajar

Peraturan Keselamatan Di Sekolah

    Kesihatan persekitaran (bahasa Inggeris:environmental health) adalah suatu cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi,persekitarandan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatanmanusia sejagat. Istilah lain yang turut digunapakai dalam merujuk kepada disiplin kesihatan persekitaran adalah kesihatan persekitaran awam dan penjagaan dan kesihatan persekitaran.
  Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO, 1993) mengertikan kesihatan persekitaran sebagai:Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatandan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan. Kesihatan persekitaran adalah satucabang kesihatan umum yangmengambil kira penilaian danpengawalan impak manusia terhadappersekitaran mereka (Moeller, 1992)
    Kesihatan persekitaran sebagaimana digunakan oleh Pejabat Wilayah WHO di Eropah, termasuk kedua-dua kesan langsung patologi kimia, sinaran dan beberapa agen biologi, dan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan. Juga meliputi kesan terhadap persekitaran fizikal, psikologi, sosial dan estetik yang termasuk perumahan, pembangunan kawasan bandar, penggunaan tanah dan pengangkutan

2.1.      Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran  (SHE)

   Keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (SHE), adalah bidang pengajian yang melibatkan kepelbagaian disiplin yang memerlukan input daripada berbagai bidang utama kejuruteraan bagimemperbaiki aspek keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan mutu alam semula jadi.Ia merangkumi berbagai aspek ekosistem, persekitaran dan aktiviti manusia. Termasuklah persekitaran industri kecil dan sederhana, aktiviti pertanian, biosistem, tempat kerja, gangguanergonomi, pengurangan tekanan mental, keadaan fizikal dan psikososial. Bidang ini jugamerangkumi aspek penilaian bahaya- bahaya, pengiraan risiko, dan keberkesanan dan aspeketika tindak balas dalam menghadapi krisis dan bencana. 
   Bidang penyelidikan SHE merangkumiberbagai aktiviti manusia seperti dalam industri pembuatan, pemprosesan dan pertanian. Sebagai contoh, penanaman secara intensif, akuakultur dan ladang ternakan; di mana berbagai inputkimia dan biologi digunakan secara menyeluruh. Banyak daripada racun-racun makhluk perosak,racun herba dan antibiotik ini boleh memberikan kesan negatif ke atas produk keluaran,keselamatan makanan, keselamatan pekerja dan ekosistem di kawasan berhampiran. Rekabentuk dan operasi traktor dan peralatan pertanian, peralatan pemprosesan, kilang, bangunan dan infra-struktur meningkatkan jumlah dan impak kemalangan dan masalah ergonomik. Bencana alamseperti banjir, akan memberikan kesan yang drastik kepada keselamatan, kesihatan dankeselesaan mangsa selain daripada mengakibatkan kerosakan kepada kawasan sekeliling.

2.2.      KESELAMATAN MAKMAL

2.2.1.   Peraturan Keselamatan Umum Di Makmal/Bengkel
·         Jangan  bersikap sambil  lewa  semasa berada di makmal dan sentiasa berhati-hati terhadap sebarang sumber bahaya.

·         Gunakan  peralatan keselamatan dan alat lindung diri (ALD) yang sesuai dengan sumber bahaya semasa berada atau bekerja di makmal/bengkel seperti kot makmal, kasut yang tidak bertapak licin, sarung tangan getah apabila mengendalikan asid pekat dan seumpamanya.

·         Jangan berlari atau bermain di makmal/bengkel atau di sepanjang koridor makmal/bengkel.
·         Jangan   makan/minum,   membawa   atau   menyimpan  makanan/minuman di dalam makmal/bengkel, termasuk menyimpan makanan/minuman di dalam peti sejuk makmal/bengkel.
·          Pastikan pintu/laluan kecemasan tidak terhalang dan dapat dibuka dengan mudah semasa kecemasan/kebakaran.
·         Pastikan semua bekas bahan kimia termasuk sisa kimia dilabel dengan betul dan jelas.
·         Apabila  mencairkan    asid   pekat  terutamanya  asid  sulfurik, sentiasa dahulukan dengan mencampurkan asid ke dalam air.  Lakukan kerja pencairan ini di dalam kebuk wasap.
·         Jangan pipet larutan dengan mulut:  gunakan penyedut pipet.
·         Jangan rasa atau hidu bahan kimia.
·         Jangan bawa atau benarkan mereka yang tidak berkenaan masuk atau berada di makmal/bengkel.
·         Setiap tumpahan mestilah dibersihkan dengan segera.
·         Gunakan bekas/alatan yang sesuai untuk membawa atau memindahkan bahan kimia/barangan.
·         Jangan    bekerja    sendirian   di makmal/bengkel.   Pastikan  Peraturan Bekerja Di Makmal/Bengkel Selepas Waktu Pejabat dipatuhi.
·         Pastikan   semua  peralatan  elektrik, kipas, lampu   dan   seumpamanya   dipadamkan   sebelum   anda meninggalkan makmal/bengkel.
·         Pastikan radas kaca, jarum picagari, botol kosong, bekas bahan kimia dan seumpamanya tidak dibuang bersama sampah biasa atau dibuang dalam tong sampah biasa. 
·         Jangan tinggalkan botol atau bekas bahan kimia di dalam kebuk wasap selepas digunakan.
·         Jangan menuang atau membuang sisa kimia ke dalam sinki kimia ke dalam sinki biasa. Ikuti Prosedur Pengurusan dan Pelupusan Sisa Kimia .
·          Setiap kemalangan mestilah dilapor dan disiasat. Setiap kecederaan perlu dirawat.  

2.2.2.   KESELAMATAN SEMASA DALAM BENGKEL
            Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan  di dalam bengkel atau makmal  tersebut.Di peringkat awal, pensyarah akan menerangkan peraturan  keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik . Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diinginan berlaku. Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik  ini , perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.

2.3       KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PROJEK
1.  Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam melakukan sesuatu projek yang berkaitan elektrik dan elektronik .
2.   Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa  membuat projek.
3.  Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama  kerana  buruk padahnya nanti.

2.3.      KESELAMATAN DIRI SENDIRI
Siapa yang dimaksudkan dengan “diri” bagi warga sekolah ?
Pastinya ianya warga sekolah yang melibatkan :
  • ·         Murid
  • ·         Guru
  • ·         Pentadbir
  • ·         Staff

Setiap individu perlu bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan sentiasa peka terhadap aspek keselamatandari segi peraturan yang melibatkan situasi selamat atau kurang selamat. Ancaman keselamatan terhadap diri sentiasa mempunyai risiko yang tinggi. Bardasarkan penelitian inilah setiap warga sekolah perlu saling menjaga antara satu sama lain dalam mempastikan tahap keselamatan terhadap diri terus terjamin.Keselamatan diri adalah penting bagi setiap individu kerana menjaga diri sendiri adalah lebik baik daripada menjaga diri orang lain.

2.3.1.   Beberapa Panduan Keselamatan Diri

1.   Perlindugan mata perlulah dijaga semasa  berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai   Perlu Dipatuhialat perlindugan mata.
2.   Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
3.   Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak  getah semasa bekerja di dalam bengkel.
4.   Gunakan pakaian  pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan bahan kimai.
5.   Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang  maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
6.   Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin  dan lain-lain lagi.