Saturday 20 April 2013

KECEDERAAN DALAM SUKAN

1.0 Konsep dan Nilai

  • Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan.
  • Punca-punca kecederaan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.
1.1 Jenis-Jenis Kecederaan Dalam Sukan
  • Dikategorikan kepada kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras.
  • Kecederaan tisu lembut termasuklah kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot manakal kecederaan tisu keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang.
Ligamen
  • Ligamen adalah tisu serabut kolagen yang kuat. Terdapat dua jenis tisu serabut iaitu serabut putih dan serabut elastik kuning.
- Seliuh
  • Kecederaan pada serat-serat ligamen. Terputus sebahagiannya sahaja atau putus kesemuanya. Sering berlaku pada sendi lutut, pergelangan kaki, siku, bahu dan pinggang. Seliuh menjadikan kawasan yang terlibat membengkak, sakit dan lebam. Jika lebam terjadi di kawasan sendi-sendi yang tersebut, anda boleh mengesyaki bahawa terseliuh atau patah telah berlaku.
Tendon 
  • Ia terletak di bahagian hujung otot dan melekat pada tulang yang digerakkan oleh otot.
- Tendon Terputus
Sering terlibat ialah tendon Archilles dan tendon kuadrisep. Kecederaan yang terjadi mungkin melibatkan keeluruhan atau sebahagiannya sahaja. Individu yang mengalaminya mungkin boleh mendengar bunyi tendon terputus. Agak sukar digerakkan sekiranya ini berlaku.

Otot
(a) Kekejangan Urat dan Kekejangan Otot
  • Ia terjadi semasa seseorang mengalami latihan atau semasa pertandingan. Kekejangan otot juga boleh berlaku semasa menggeliat apabila bangun dari tidur. Ia juga boleh berlaku semasa menulis, berenang dan melakukan aktiviti fizikal (sukan). Boleh terjadi apabila faktor keletihan atau fatigue berlaku. Ini disebabkan oleh pengumpulan asid laktik yang berlebihan.
(b) Otot Koyak
  • Otot mungkin terkoyak melibatkan sebahagian atau keseluruhan otot. Kerana tujuan untuk prestasi yang maksimum, otot-otot bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan otot koyak dan atlet reban (jatuh).
Tulang
- Patah Tulang
  • Patah tulang atau retak di tulang terjadi disebabkan tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Kawasan tisu-tisu lain seperti otot, saraf, saluran darah juga terlibat. Patah akan mengakibatkan kawasan di situ ditakungi darah yang merembes dari pembuluh yang terdapat di hujung tulang yang patah.
  • Tanda-tanda terpenting kecederaan ini ialah kawasan yang patah deformed atau cacat. Terdapat juga bengkak, sakit (pedih) dan krepitus disebabkan pengeselan hujung tulang yang terlibat. Kawasan yang terlibat harus di x-ray terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian.
Sendi
- Kehelan Sendi (Dislokasi dan Subluksusi)
  • Dislokasi atau kehelan terjadi apabila satu permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar dari permukaan tulang rawannya.
  • Subluksusi terjadi apabila permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar sedikit dari tempat asalnya tetapi sebahagian permukaannya masih bertemu. X-ray adalah cara bagaimana menentukan tahap kecederaan jenis ini.
2.0 Prinsip Pencegahan
Prinsip latihan bagi mengelakkan kecederaan ialah :
  • Memanaskan badan
  • Penambahan bebanan semasa secara beransur-ansur (Gradualness)
  • Tempoh Latihan (Timing 1-1 1/2 hr)
  • Intensiti
  • Kesanggupan diri (Capacity Level)
  • Kekuatan (Motivation)
  • Pengkhususan
  • Relaksasi
  • Rutin
(a) Memanaskan Badan
  • Amalkan senaman memanaskan badan sebelum menjalani apa-apa senaman latihan yang lebih membebankan.
(b) Penambahan Beban Senaman Secara Beransur-Ansur
  • Secara beransur-ansur sedikit demi sedikit
(c) Tempoh Latihan
  • Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
(d) Intensiti
  • Lebih berfaedah sekiranya beban kerja ditambah daripada memanjangkan tempoh latihan.
(e) Kesanggupan Diri
  • Jangan berlatih melebihi paras kesanggupan diri.
(f) Kekuatan
  • Penting bagi mencapai kecergasan yang menyeluruh. Menunjukkan tahap berat senaman yang boleh dilakukan seperti di dalam latihan angkat berat.
(g) Motivasi
  • Hasrat mencapai tahap kecergasan yang tinggi merupakan motivasi yang baik Memahami kesan dan faedah senaman akan menggalakkan seseorang itu bersenam dengan lebih tekun.
(h) Pengkhususan
  • Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif. Sistem kardiovaskular, senaman aerobik. Bagi menguatkan otot-otot pula, senaman berbentuk anaerobik lebih sesuai.
(i) Relaksasi
-

(j) Rutin
  • Dilakukan tanpa paksaan dan harus menjadikannya sebagai suatu kebiasaan dalam hidup.
2.1 Kepentingan Memanaskan Badan
  • Merupakan komponen yang amat penting sebelum memulakan sesuatu latihan.
  • Ianya bertujuan menyediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran seterusnya di samping melonggarkan otot-otot yang tegang, sendi-sendi dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.
  • Astrand dan Rodhal (1970) menyatakan perlakuan memanaskan badan yang betul akan meningkatkan kelajuan dari 0.5 hingga 0.6 saat dalam larian 100 meter sementara 4.0 hingga 6.0 dalam larian 800 Meter.
  • 3 jenis latihan memanaskan badan iaitu melibatkan regangan statik, secara umum dan latihan memanaskan badan secara neuromuskular yang spesifik.
  • Wee (1996), aktiviti memanaskan badan adalah perlu untuk meregangkan otot-otot , tendon-tendon dan ligamen-ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu.
  • Penting bagi meningkatkan suhu badan dan seterusnya meletakkan pelajar bersedia secara mental dan fizikal terhadap aktiviti-aktiviti yang akan diceburinya.
3.0 Ansur Maju Latihan
3.1 Faedah Ansur Maju Latihan
  • Mempromosikan kesembuhan
  • Menyediakan ukuran perkembangan
  • Mendirikan bridge ke penyertaan
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Memaksimumkan prestasi pada bahagian yang cedera.
4.0 Aktiviti Bagi Mengelakkan Kecederaan
Menurut Vasudevan (1989), aktiviti-aktiviti memanaskan badan yang dapat mengelakkan kecederaan atlet mendapat kecederaan semasa pertandingan.
  • Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau joging sehingga badan berasa panas dan berpeluh.
  • Melunjur (stretching). Dilakukan senaman yang senang dahula sebelum mencuba senaman yang lebih susah.
  • Berlari pecut. Dilakukan dua atau tiga kali ulangan untuk 60 hingga 100 meter.
  • Senaman khusus (specific exercise). Bermaksud senaman-senaman yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pertandingan.
Pelbagai Cara Bagi Mengelakkan Kecederaan
  • Mengambil tindakan awal terhadap mereka yang sakit di bahagian-bahagian tertentu. Perlu diberi rehat yang cukup.
  • Memilih permainan-permainan yag sesuai berasaskan kepada kebolehan atlet tersebut.
  • Meminda undang-undang atau taktikal permainan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.
  • Mengajar kemahiran-kemahiran asas permainan untuk menyediaka dan membolehkan atlet-atlet bertindak sewajarnya.
  • Menggunakan alat-alat keselamatan seperti penutup muka, penutup dada dan lain-lain lagi adalah diwajibkan.
  • Menjalankan  (coditioning) yang baik dan sempurna hendaklah diusahakan.
  • Mengelakkan menggunakan bebanan yang berat atau ulangan yang rendah bagi kanak-kanak.
  • Menggunakan teknik mengurangkan berat badan dengan cepat adalah tidak digalakkan.
  • Menggalakkan atlet-atlet merasa gembira semasa bermain atau melakukan aktivit. Emosi yang kurang terganggu akan menyebabkan penumpuan sepenuhnya kepada permainan.
5.0 Keselamatan Kemudahan dan Peralatan
  • Padang atau gelanggang yang tidak rata, berlubang dan licin adalah penyumbang kepada faktor kecederaan sukan.
  • Keadaan sekeliling gelanggang, padang atau dewan harus diambil kira bagi mengelakkan kecederaan di luar permainan.
  • Contohnya, dahan pokok itu patah, bahan buangan yang bahaya seperti kaca dan besi di kawasan permainan.
Peralatan Perlindungan
  • Peralatan perlindungan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktivit sukan. Sebagai contoh, "Batting Helmet" untuk pemukul adalah wajib dipakai.
  • Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut.

Thursday 18 April 2013

Rawatan Dan Pemulihan

1.0 PENGENALAN KEPADA RAWATAN DAN PEMULIHAN
1.1 Konsep Dan Definisi

  • Bererti langkah-langkah yang diambil bagi menilai serta memberi bantu mula kepada kecederaan.
  • Pemulihan membawa maksud kepada langkah-langkah yang diambil bagi memastikan atlet boleh kembali bergiat dalam sukan pada tahap sebelum berlakunya kecederaan.
1.2 Prosedur Rawatan
Rawatan boleh terbahagi kepada dua iaitu :
  1. Rawatan Bantu Mula
  2. Rawatan Berterusan
Rawatan bantu mula bermaksud rawatan awal yang diberi bagi mengelakkan kecederaan yang berlaku menjadi semakin serius, manakala rawatan berterusan pula adalah rawatan yang diberikan sewantu fasa pemulihan kecederaan. Sebelum melakukan rawatan bantu mula, penilaian awal tahap kecederaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

1.2.1 Penilaian awal tahap kecederaan ini dilakukan untuk tujuan berikut :
  1. Menentukan apakah bentuk rawatan yang perlu diberikan.
  2. Menentukan jenis rawatan pemulihan yang akan diberikan.
  3. Menjadi tanda aras bagi menentukan keberkesanan rawatan pemulihan.
1.2.2 Senarai Semak Sebelum Melakukan Rawatan Bantu Mula

MATLAMAT
  1. Memastikan sama ada perlu bantuan kecemasan atau tidak.
  2. Menilai tahap kecederaan.
  3. Menentukan sama ada atlet perlu dialih atau tidak.
1.2.3 Rawatan Bantu Mula Perlu Dimulakan Dengan Penilaian Awal. Sama ada :
  • Atleh sedar atau tidak.
  • ABC merujuk kepada saluran udara (Airways), pernafasan (Breathing), dan peredaran darah (Circulation)
  • Pendarahan
Selepas melakukan kesemua penilaian di atas, barulah melakukan tinjauan sekunder.

(a) Bagaimana Kecederaan Berlaku 
Bertanya bagaimana kecederaan berlaku sama ada dari :
  • Atlet sekiranya beliau sedar.
  • Rakan sepasukan, sekiranya atlet pengsan.
(b) Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil perhatian :
  • Kedudukan/posisi atlet tersebut.
  • Respirasi (kadar, cetek atau dalam, ritma)
  • Trauma
  • Rindak balas atlet terhadap kecederaan
(c) Saringan Umum
  • Lakukan penilaian bagi deria sentuh dan pergerakan sekiranya mengesyaki kecederaan pada tulang belakang atau saraf.
  • Lakukan penilaian untuk kecederaan di kepala.
  • Lakukan penilaian ortopedik (sentuhan, julat pergerakan dan kekuatan, ujian khas)
  • Seliaan berterusan sekiranya atlet mengalami kejutan.
2.0 JENIS-JENIS RAWATAN BANTU MULA
2.1 Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation (DRABC)

Danger - Pastikan atlet tidak berada di tempat yang merbahaya dan boleh memburukkan keadaan. Contohnya, atlet marathon yang pengsan berhampiran dengan cerun atau longkang. Alihkan atlet ke tempat yang lebih selamat.

Response - Lihat sama ada terdapat tindak balas dari atlet. Contohnya, panggil nama atlet dan cuba berbual dengan beliau. Pastikan apa yang dituturkan oleh atlet itu boleh difahami. Jangan sesekali menggoncangkan badan atlet untuk mendapatkan respons/tindak balas.

Airways - Pastikan saluran udara atlet tidak tersekat. Contoh, atlet mungkin mengunyah gula-gula getah sewaktu berlari dan mungkin ianya tersekat di kerongkong. Masukkan jari ke mulut atlet untuk mengeluarkan bahan asing tersebut.

Breathing - Pastikan atlet bernafas. Pastikan sama ada pernafasan atlet terlalu pantas, cetek dan mempunyai ritma atau tiada pernafasan langsung.

Circulation - Merujuk kepada peredaran darah. Periksa sama ada terdapat denyutan nadi.

2.2 Talk, Observe, Touch, Action, Press (TOTAPs)

Talk - Berbual dengan atlet untuk menentukan tahap kesedarannya.

Observe - Lihat sama ada terdapat pendarahan, perubahan bentuk tulang dan perubahan warna kulit di tempat yang cedera.

Touch - Sentuh tempat yang cedera untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan dalam suhu di tempat yang cedera.

Action - Arahkan atlet melakukan pergerakan bagi melihat sejauh manakah tahap kecederaan tersebut.

Press - Tekan tempat yang cedera secara perlahan-lahan.

2.3 Rest, Ice, Compression, Elevation (RICE)

Rest - Rehatkan atlet.

Ice - Letakkan ais di tempat yang cedera. Pastikan ais tersebut dibalut dengan tuala. Jangan sesekali letakkan ais pada kecederaan yang terbuka seperti luka.

Compression - Berikan tekanan pada kawasan yang cedera. Tekanan boleh dilakukan dengan membalut kawasan yang cedera dengan menggunakan bandej.

Elevation - Naikkan kawasan yang cedera melebihi paras dada supaya darah dapat mengalir dengan lebih mudah.


2.4 Elevation, Airways, Resuscitation (EAR)

  • Diberikan kepada atlet yang tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi.
  • Memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atat mulut ke hidung, pastikan tiada benda asing dalam mulut atlet.
  • Rawatan EAR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih.
2.5 Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)
  • Diberikan kepada atlet yang tidak bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi.
  • Sebelum memberi rawatan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, pastikan tiada benda asing dalam mulut atlet.
  • Rawatan CPR ini adalah kombinasi antara memberikan pernafasan mulut ke mulut diselang-selikan dengan tekanan kepada kawasan jantung untuk menggerakkannya.
  • Rawatan CPR ini hanya wajar dilakukan oleh mereka yang terlatih.
3.0 JENIS-JENIS PEMULIHAN

3.1 Rawatan Dingin
  • Merupakan rawatan awal bagi kesemua kecederaan yang tidak melibatkan pendarahan terbuka.
  • Menggunakan ketulan ais yang diletakkan dalam plastik dan dibalut dengan tuala. Bungkusan ini kemudiannya diletakkan pada tempat yang cedera.
  • Terdapat bungkusan sejuk-dingin yang dijual di farmasi Mempunyai fungsi sama ada seperti bungkusan ais.
  • Rawatan dingin sebaik-baiknya dilakukan segera selepas melakukan aktiviti atau selepas berlakunya kecederaan.
  • Hanya dilakukan selama 15-20 minit atau setelah kulit berubah kemerah-merahan.
3.2 Rawatan Panas
  • Biasanya dilakukan setelah berhentinya radangan awal.
  • Penggunaan rawatan panas ini akan menyebabkan vasodilasi iaitu keadaan di mana saluran-saluran darah akan membesar.
  • Lebih banyak darah yang mengalir ke tempat yang cedera akan membantu penyembuhan setelah peradangan awal pulih.
  • Rawatan panas dilakukan selepas 72 jam berlakunya kecederaan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius.
3.3 Rawatan Bertentangan
  • Merupakan suatu alternatif bagi rawatan panas dan dingin. Rawatan ini dilakukan sekiranya masih terdapat radangan (bengkak dan sakit) pada kawasan yang cedera walaupun selepas 72 jam kecederaan berlaku.
  • Untuk rawatan bertentangan ini, sediakan 2 baldi, satu diisi air panas dan satu lagi diisi dengan air sejuk (ais).
  • Rendamkan bahagian badan yang cedera dalam air panas selama 1-2 minit dan tukar ke air sejuk selama 4-5 minit. Lakukan berulang-ulang kali sehingga 30 minit dan pastikan rendaman terakhir ialah rendaman dalam air sejuk. Kemudian balut tempat yang cedera untuk mengelakkan berlakunya bengkak.
3.4 Urutan
  • Urutan penting kerana ia dapat membantu mengalirkan cairan yang tertumpu di kawasan yang cedera.


Tuesday 16 April 2013

Konsep dan Definisi Kecergasan Keseluruhan dan Kecergasasn Fizikal

1. Konsep Kecergasan Keseluruhan

  • Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani.
  • Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
  • Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan bermakna.
(a) Kecergasan Fizikal
Kecergasan Fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

(b) Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

(c) Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.

(d) Kecergasan Emosi 
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik.

(e) Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

2. Definisi Kecergasan Fizikal
  • Berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental.
  • Berupaya melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa rasa letih atau lesua,
  • Mampu beribadat dengan sempurna.
  • dan mempunyai tenaga ketika waktu kecemasan.
    3. Kepentingan Kecergasan Fizikal
  •     Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem edaran darah.
  • Meningkatkan kecekapan pergerakan dan daya tahan otot.
  • Memperbaiki tonus dan postur.
  • Menambah kekuatan dan daya tahan otot.
  • Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan mencegah kegemukan.
4. Komponen Kecergasan Fizikal
(a) Berlandaskan Kesihatan

Daya tahan kardiovaskular
  • Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangka masa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.
Daya tahan otot
  • Keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).
Kekuatan Otot
  • Tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu.
Kelenturan
  • Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerajan lingkungan penuh.
Komposisi tubuh badab
  • Meujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan : otot, tulang dan lemak.

(b) Berlandaskan Lakuan Motor 
Imbangan
  • Keupayaan mengekalkan keseimbangan pada keadaan statik atau bergerak.
Masa tindak balas
  • Berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan antara stimulus tersebut.
Ketangkasan
  • Berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.
Kelajuan/Kepantasan
  • Keupayaan melakukan sesuatu dalam jangka masa yang singkat.
Kuasa
  • Berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.
Koordinasi
  • Keupayaan dalam menggunakan deria seperti deria pendengaran dan penglihatan bersama anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

Pengenalan Kepada Olahraga

Pengenalan Kepada Olahraga Perkataan olahraga berasal daripada perkataan Greek “athlos” yang bermaksud “bertanding”. Olahraga juga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang. Selain itu, olahraga merupakan satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan antara individu atau kumpulan. Ianya juga merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Olahraga yang dikelolakan pada bentuk awal secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Pada tahun 1896, olahraga telah bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens. Elemen yang paling penting dalam Sukan Olimpik Moden ialah olahraga. Nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal telah menyebabkan olahraga dipraktikkan di semua negara. Berlari, melompat dan melontar atau membaling adalah perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini telah diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang seterusnya dipertandingkan. Sukan ini berjaya mewujudkan sifat-sifat positif dalam diri seseorang seperti sifat ingin berlumba, berazam, berjaya serta mewujudkan semangat sepasukan dan perkembangan personaliti. Kebolehan manusia ini telah menjadi suatu acara pertandingan yang menarik dari semasa ke semasa sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak turun-temurun lagi. Oleh itu, lahirlah istilah olahraga (atlhetics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan melontar. Mereka yang terlibat dengan acara ini dikenali sebagai olahragawan (lelaki) dan olahragawati (wanita). Berdasarkan catatan Sejarah, “olahraga” dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Wajarlah dipercayai bahawa olahraga merupakan salah satu sukan yang tertua di dunia. Menurut catatan dalam buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh iaitu oleh ahli sukan Sparta yang bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Sukan olahraga di England telah berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olahraga yang pertama iaitu The Necton Guild ditubuhkan. Sebuah kelab olahraga peringkat universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University pada tahun 1850, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud sehingga sekarang. Amateur Athletic Club di England telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kebangsaan yang pertama di dunia pada tahun 1866. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat dari semasa ke semasa. Penubuhan persatuan-persatuan di sesebuah negara telah memberikan kesempatan kepaa negara-negara tersebut untuk mengambil bahagain dalam suatu kejohanan atau perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau persatuan yang bergabung dengan IAAF. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) ditubuhkan pada tahun 1912, merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia. Setiap negara termasuk Malaysia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu melalui persatuan di negara masing-masing.