Monday, 9 April 2012

Konsep Kesusasteraan

~ Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
~ Perkataan Kesusasteraan terbentuk daripada bahasa Sanskrit iaitu Susastera yang bermaksud huruf atau buku indah.
~ Menurut makna kamus, kesusasteraan ialah hasil seni atau karya tulisan dan bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistemewaan tertentu.
~ Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit ialah Sastra.
~ Sas- membawa maksud mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk, manakala -tra ialah merujuk kepada alat.
~ Ada juga yang mengatakan bahawa sastera ialah seni bahasa.
~ Sastera juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan adanya sentuhan keikhlasan, keterbukaan, dan keluasan pandangan.

No comments:

Post a Comment