1. Kesusasteraan berfungsi sebagai alat pendidikan
~ Tidak dinafikan bahawa karya-karya sastera sarat dengan pendidikan atau pengajaran.
~ Pengalaman yang diterjemahkan oleh pengarang merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.
~ Pengalaman ini dijadikan prosa atau puisi yang diadun dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.
2. Kesusasteraan berfungsi memberi kepuasan estetik
~ Bernard Bonsanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah keindahan yang digunakan sejak zaman Greek dimulai oleh Socrates.
~ Di dalam ensiklopedia internet wikipedia mengatakan estetik merupakan kajian deria atau nilai deria emosi, ataupun timbangan setimen dan cita rasa.
~ Kesimpulannya bahawa kepuasan estetik ialah sesuatu perasaan indah yang lahir dalam diri sama ada penulis atau pembaca.
No comments:
Post a Comment